E-Dompet 2023 : Bantuan Kewangan RM200 Untuk B40 & M40

E-Dompet 2023

E-Dompet 2023. Baru-baru ini Perdana Menteri telah mengumumkan bahawa bantuan tunai elektronik (e-dompet) akan diperluaskan kepada semua rakyat berbanding had umur ditetapkan sebelum ini.

Berikut dikongsikan mengenai syarat kelayakan yang ditetapkan.

E-DOMPET 2023

Program ini merupakan salah satu inisiatif yang kerajaan Malaysia dalam membantu golongan belia dimana setiap kelayakan akan menerima bayaran berjumlah RM200.

Ianya bertujuan bagi meringankan beban kewangan golongan belia serta menggalakkan golongan ini membuat transaksi tanpa tunai.

Info : Bantuan ini adalah sama dengan bantuan yang dilaksanakan oleh kerajaan terdahulu seperti eBelia (2021) dan ePemula (2022).

E-Dompet 2023

Baca Juga:

JUMLAH BAYARAN

Program ini bakal memanfaatkan kepada 2 juta orang belia Malaysia. Setiap belia yang layak akan menerima bayaran berjumlah :

  • RM200

SYARAT KELAYAKAN

Berikur adalah syarat kelayakan yang telah ditetapkan :

  • Bantuan ini diberikan kepada golongan belia berumur 21 tahun ke atas
  • Warganegara Malaysia

CARA UNTUK MELAKUKAN PENEBUSAN

Cara penebusan bantuan adalah sama seperti tahun 2021 dan 2022 lepas, anda perlu memuat turun satu daripada empat aplikasi di bawah

  • ShopeePay
  • BigPay
  • Touch N Go eWallet
  • GrabPay

Sila sahkan butiran anda dengan memuat naik butiran Kad Pengenalan yang sah.

TARIKH BAYARAN BANTUAN E-DOMPET 2023

Tarikh bayaran bagi bantuan khas ini belum diumumkan setakat ini. Dijangkakan bayaran bakal dilaksanakan pada pertengahan tahun (April) ini.

MAKLUMAT LANJUT

Selain daripada bantuan e-dompet ini, terdapat pelbagai jenis bantuan yang telah dilaksanakan pada tahun ini. Sila layari laman rasmi Bajet 2023 – DI SINI