DIVIDEN ASB 2023 : Tarikh Agihan Pendapatan & Bonus

Dividen ASB – Pihak Amanah Saham Nasional Berhad baru-baru ini telah mengeluarkan beberapa tarikh penting mengenai urusan ASNB yang akan berkuatkuasa tidak lama lagi.

Pada hantaran facebook rasmi ASNB, mereka telah mengumumkan bahawa urus niaga unit amanah ASB ditangguhkan dari 22 hingga 25 Disember 2023, iaitu minggu depan.

Pada tahun ini, pihak ASNB telah mengumumkan bahawa pelabur boleh membuat transaksi tambahan tunai dalam ASB mulai 26 Disember 2023. Ini adalah satu berita menarik bagi mereka yang ingin melabur dalam ASB.

Kami ingin memaklumkan bahawa transaksi pelaburan ini akan dikira sebagai sebahagian daripada baki minimum bulanan anda pada bulan Januari 2024. Ini adalah satu perkembangan positif bagi semua pelabur kerana anda akan dapat menikmati pengagihan pendapatan penuh yang dikira bermula Januari 2024.

Untuk makluman semua, segala urus niaga ASB akan dibuka semula pada 1 Januari 2024.

Dividen ASB

Baca Juga:

Tarikh Pengagihan Dividen

Pihak Amanah Saham Nasional Berhad (ASNB) masih belum mengumumkan tarikh pengagihan dividen ASNB 2023 sehingga kini. Ini adalah maklumat terkini yang kami perolehi.

Namun begitu, mengikut kebiasaan tahun-tahun sebelum ini, agihan dividen ASNB akan diumumkan pada 22 Disember. Seperti tahun lalu, agihan dividen ASNB 2022 telah diumumkan pada 22 Disember 2022.

Maka orang ramai boleh mengagak kebarangkalian tarikh pengumuman pada tahun ini juga adalah sama.

Tarikh Pengagihan Dividen Dikreditkan Ke Dalam Akaun ASB

Semakan pengkreditan dividen ASB boleh dilakukan setelah pembukaan semula urus niaga ASNB seperti yang sudah dimaklumkan sebelum ini iaitu :

  • segala urus niaga ASNB akan bermula pada 1 Januari 2024 secara online di Portal rasmi MyASNB
  • 2 Januari untuk urus niaga di kaunter pejabat ASNB.

Jumlah Agihan Dividen ASB Tahun 2022

Pada tahun lalu, kadar dividen ASNB adalah :

  • Dividen – 4.60%
  • Bonus – 0.50%
  • Kadar Agihan – 5.10%

Cara Semakan Dividen ASB Online

Mulai April 2018, penghantaran penyata pengagihan pendapatan, laporan tahunan dan/atau laporan interim bagi kesemua tabung unit amanah ASNB adalah secara elektronik kepada semua pemegang unit.

Penyata pengagihan pendapatan akan dihantar ke alamat e-mel yang berdaftar dengan ASNB, manakala laporan tahunan dan/atau laporan interim boleh diakses melalui laman web ASNB www.asnb.com.my

Dividen ASB

Maklumat lanjut

Untuk maklumat lanjut, sila rujuk laman web rasmi Amanah Saham Nasional Berhad di pautan berikut – klik DI SINI