Cuaca Panas Melampau, Jangan Tinggal 5 Perkara Ni Dalam Kereta
Cuaca Panas Melampau? Kalau korang semua perasan, sekarang ni cuaca kat negara kita tak menentu bukan? Kebanyakan negeri di Malaysia kini sedang mengalami keadaaan cuaca yang lebih panas dan kering daripada biasa sehingga boleh membantutkan aktiviti di luar.
Untuk makluman, cuaca panas ini akan berlaku dalam tempoh yang lama disebabkan oleh fasa akhir Monsun Timur Laut. Menurut Jabatan Meteorologi Malaysia, hal ini dijangka akan berterusan sehingga penghujung Mac depan. Oleh itu, memang tidak hairanlah jika bahagian dalaman kereta anda akan menjadi sangat panas, jika ia ditinggalkan dalam masa yang lama.
Tapi, korang semua tahu tak bahawa terdapat lima benda yang korang tak boleh tinggalkan di dalam kereta korang sama sekali
kerana boleh mempengaruhi tahap kesihatan anda dan boleh memberi risiko kepada kenderaan anda sendiri apalagi dalam keadaan cuaca panas seperti yang berlaku hari ini.
1. Siapa sini yang gemar menimpan makanan & minuman kat dalam kenderaan?
Sebenarnya, menyimpan makanan dan minuman dalam bekas khususnya bekas plastik dalam kereta akan memberikan kesan terhadap kesihatan manusia.
Hal ini adalah disebabkan kedua-dua bahan ini telah terdedah kepada bahang matahari, yang mana ia boleh menyebabkan suhu di dalam kereta meningkat sehingga mencapai paras 70 darjah Celcius.
Apabila ditinggalkan dalam suhu yang tinggi pada masa yang agak lama seperti berhari-hari,
sudah tentu kandungan makanan dan minuman itu sudah tidak berada dalam keadaan yang baik untuk korang makan.
Baca Juga:
2. Korang biasa tak tinggalkan powerbank korang dalam kereta?
Kalau korang sejenis yang gemar tinggalkan powerbank korang dalam kereta, korang kena baca ni sasmpai habis.
Powerbank adalah merupakan salah satu gajet yang sangat penting dalam dunia digitalisasi kerana ia dapat menjana tenaga terhadap peranti elektronik pada bila-bila masa dan di mana saja anda berada.
Namun, korang tak sepatutnya meninggalkan powerbank korang ni kat dalam kereta kerana ia nya sangat berisiko untuk kenderaan anda sendiri.
Powerbank merupakan sebuah perkakas yang menjadi sumber tenaga “back up” dan dikuasakan melalui bateri lithium ion
yang membolehkannya menyimpan kadar cas yang besar.
Namun, untuk pengetahuan korang semua bateri ini tak boleh terdedah pada cuaca panas dalam jangka masa yang agak lama.
Hal ini kerana, suhu yang panas akan membuatkan bateri kembung dan seterusnya meningkatkan risiko untuk meletup baik dalam keadaan ketika mengecas atau ketika korang membawanya begitu sahaja.
3. Pemetik Api, benda yang korang selalu terlupa simpan kat mana…
Kalau korang sejenis golongan perokok ataupun gemar berkhemah, pemetik api adalah merupakan satu benda yang wajib kan ada dengan korang?
Untuk pengetahuan korang, pemadam api tak boleh diletakkan di kereta dalam jangka masa yang lama kerana di dalamnya
mengandungi cecair yang mudah terbakar yang kebiasaannya digunakan untuk menghidupkan api.
Disebabkan itu, jika bahan mudah terbakar terdedah dengan suhu yang terlalu tinggi, ianya akan memberikan risiko bahawa bahan tersebut boleh mencetuskan kebakaran pada kereta anda.
4. Cuaca panas ni masih ramai tak golongan ibu bapa yang gemar meninggalkan anak-anak kat dalam kereta?
Anak-anak merupakan antara hal yang sangat penting dalam kehidupan dan menjadi nyawa orang kesayanggan kita bukan? Namun, korang tahu tak bahawa sangat bahaya untuk korang membiarkan anak-anak korang di dalam kereta untuk tempoh masa yang lama?
Hal ini kerana, anak-anak boleh mengalami strok haba apabila mereka berada dalam kereta untuk jangka masa yang agak lama.
Selain itu, anak-anak khususnya yang masih bayi apabila tidak diberikan makanan dan minuman pada masa yang agak lama dan hanya dibiarkan sahaja di dalam kenderaan akan menyebabkan berlakunya risiko kematian.
Oleh itu, korang wajib elakkan benda ni berlaku dalam kehidupan korang tau.
5. Cuaca panas melampau, korang jangan simpan Petrol dalam kenderaan korang..
Terdapat segelintir masyarakat yang gemar menyimpan sedikit bahan api seperti petrol di dalam kereta bagi tujuan kecemasan.
Namun, korang tahu tak bahawa bahan api petrol ini merupakan satu bahan yang mudah terbakar dan bersifat reaktif apabila ia terdedah kepada suhu yang tinggi.
Ianya sama seperti pemetik api, bahan ini juga turut memberikan risiko kebakaran pada kenderaan korang
jika korang membiarkannya pada suhu yang tinggi dan sekaligus membahayakan persekitaran sekeliling anda.
Jangan sudah terhantuk baru mahu terngadah…
Dalam keadaan cuaca panas sekarang ni, lebih baik untuk elakkan menyimpan benda-benda yang telah kitorang senaraikan kat atas tu dalam kereta korang.
Selain itu, buat masa ni korang kurangkan lah dahulu aktiviti kat luar dan jangan lupa minum air putih yang mencukupi tau..