Coldplay Minta Maaf & Batalkan Konsert Di Malaysia

Coldplay

Coldplay. PETALING JAYA – Sedar kehadirannya menganjurkan konsert sulung di Malaysia telah mendapat bantahan daripada segelintir pihak.

Kumpulan muzik antarabangsa Coldplay memohon maaf sekiranya kedatangan mereka membuat persembahan di negara ini menyinggung perasaan masyarakat tempatan.

Vokalisnya, Chris Martin ketika ditemu bual penyampai radio Hitsz FM, Anne Jacyntha dan Arnold Loh baru-baru ini berkata, dia tetap akan menyayangi rakyat di negara ini yang disifatkan mempunyai sikap mesra dan peramah.

Coldplay

“Sesiapa yang tidak gembira dengan kedatangan kami ke negara ini, saya minta maaf dan akan tetap menyayangi kamu.

“Setiap kali bertemu rakyat Malaysia, saya seolah jatuh cinta dengan kemesraan mereka. Semua orang dialu-alukan hadir ke konsert kami.

“Kami sayang semua rakyat Malaysia dan tiada yang terkecuali,” kata Martin.

Baca Juga :

Coldplay Batalkan Konsert?

Mengulas kedatangan ke Kuala Lumpur pada November ini, penyanyi dan komposer berusia 46 tahun itu meluahkan perasaan teruja apabila buat pertama kalinya bakal beraksi di Malaysia.

Coldplay

“Saya sangat teruja. Kami bertuah sebab antara matlamat kami adalah untuk mengunjungi negara yang belum pernah dilawati.

“Kuala Lumpur adalah destinasi yang kami idamkan sejak sekian lama dan kami gembira akhirnya dapat menjejakkan kaki ke sini nanti,” katanya.

Konsert Coldplay Music of Spheres World Tour yang dijadualkan berlangsung di Stadium Nasional Bukit Jalil, pada 22 November depan meraih sambutan luar biasa apabila tiket yang dijual ‘licin’ hanya dalam tempoh tiga jam kaunter online dibuka.

Malah ada pihak berani menjual semula tiket dengan harga tidak masuk akal dengan kadar tertinggi RM43,200.

Yang mana turut meraih perhatian Menteri Komunikasi dan Digital, Fahmi Fadzil.

Selain Martin, band ikonik asal United Kingdom itu dianggotai Johnny Buckland, Guy Berryman dan Will Champion yang lebih dulu singgah di Taiwan, Jepun, Australia dan Indonesia bagi melengkapkan diri jelajah mereka di Asia.

Sumber : kosmo.com.my