Cara Memohon Bantuan RM1,000 Sebulan Untuk Golongan B40 Tahun 2021

Untuk pengetahuan anda, sebelum ini Perdana Menteri Malaysia iaitu Tan Sri Muhyiddin Yassin telah pun mengotakan janjinya untuk menaikkan kadar bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) kepada RM1,000 sebulan termasuk untuk golongan OKU.

 

Untuk makluman, kenaikan kadar bantuan ini adalah kerana mengambil kira pada keadaan ekonomi serta kos sara hidup semasa lebih-lebih lagi di era pandemik sekarang ini.

 

SENARAI BANTUAN JKM 2021

Bantuan JKM ini diberikan kepada mereka yang layak sahaja selepas melalui proses siasatan untuk penilaian bagi tujuan meringankan beban penerima bantuan untuk meneruskan kelangsungan kehidupan lebih-lebih lagi di dalam situasi pandemik seperti sekarang ini.

 

Berikut adalah merupakan senarai bantuan yang telah disediakan oleh pihak Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) yang anda boleh mohon buat masa ini

 

Untuk pengetahuan anda, jumlah bantuan yang dinyatakan di atas adalah yang akan diberikan kepada para pemohon yang layak setiap bulan.

 

CARA MEMOHON

 

Bagi anda yang memerlukan bantuan ini, anda dikehendaki untuk terus pergi ke mana-mana Pejabat Jabatan Kebajikan Masyarakat Daerah / Jajahan / Bahagian di seluruh negara.

 

Setiap permohonan yang dilakukan akan dijalankan siasatan untuk tujuan penilaian (means-tested) bagi mengesahkan kelayakan bantuan kepada para pemohon. Urusan ini adalah bersesuaian dengan prinsip penyampaian bantuan yang berdasarkan kepada kelayakan dan bukan hak.

 

Untuk memudahkan segala urusan, para pemohon diminta untuk membawa dokumen sokongan semasa hadir ke Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah / Jajahan / Bahagian:

  • Salinan kad pengenalan diri pemohon
  • Salinan kad pengenalan suami / isteri / ibu / bapa / anak yang tinggal bersama.
  • Salinan sijil kelahiran anak-anak / ahli keluarga yang tinggal bersama.
  • Salinan penyata gaji (jika ada)
  • Lain-lain dokumen yang berkaitan.

 

Anda boleh download borang berkaitan di bawah ini:

 

  1. JKM 18 (Borang Permohonan Bantuan) – Download
  2. Borang Kemaskini Maklumat JKM 20 – Download