Cara Kemaskini UPUOnline Sesi Akademik 2023/ 2024

Cara Kemaskini UPUOnline

Cara Kemaskini UPUOnline Sesi Akademik 2023/ 2024

FASA KEMASKINI UPUONLINE 2023/ 2024

Bahagian Kemasukan Pelajar IPTA (BKPA) telah mengeluarkan hebahan Fasa Kemaskini UPUOnline bagi Sesi Akademik 2023/ 2024.

Bermula 10 Jun 2023 jam 12.00 tengah hari sehingga 13 Jun 2023 jam 5.00 petang, pemohon dari kalangan lepasan SPM 2022 boleh melakukan kemaskini pilihan program pengajian yang LAYAK bersandarkan keputusan SPM 2022.

Berikut adalah panduan lengkap cara pengemaskinian UPU 2023/2024 untuk rujuan semua calon.

Fasa Kemaskini UPUOnline

BKPA telah menetapkan tempoh 3 hari untuk calon melakukan kemaskini:

DIBUKA 10 JUN 2023 (SABTU) | JAM 12:00 TENGAH HARI

TERBARU: “Kementerian Pendidikan Tinggi telah mempercepatkan proses untuk membantu calon membuat pilihan”

DITUTUP 13 JUN 2023 (SELASA) | JAM 05:00 PETANG

NOTA:

  • Tapisan bagi syarat Khas Program Pengajian hanya disediakan untuk calon yang telah memohon pada FASA 1 sahaja.
  • Calon diingatkan agar melakukan SEMAKAN syarat Khas Program Pengajian pada e-Panduan sebelum melakukan pilihan program pengajian di UPUOnline.

Apa Itu Fasa Kemaskini UPUOnline

Maksud UPU/ Maksud Fasa Kemaskini UPUOnline dapat disimpulkan melalui pengertian berikut:

Pemohon kategori SPM/ STPM/ STAM dan Setaraf boleh mengemaskini pilihan program pengajian berdasarkan keputusan sebenar atau keputusan penuh bagi pemohon kategori Matrikulasi/ Asasi.

Pemohon bagi kategori SPM, STPM, Matrikulasi, Asasi dan STAM boleh melakukan kemaskini semua pilihan program pengajian kecuali program pengajian yang telah dipanggil bagi sesi temuduga. Pada Fasa pengemaskinian UPUOnline ini, tiada lagi pilihan program pengajian bertemuduga.

Pemohon bagi kategori Diploma/ Setaraf, hanya boleh mengemaskini keputusan dan memuat naik dokumen sahaja (seperti sijil MUET) tanpa kemaskini pilihan program pengajian.

Baca Juga:

Cara Kemaskini UPUOnline 2023/ 2024

Panduan kemaskini UPUOnline adalah seperti berikut:

Layari laman web http://upu.mohe.gov.my/

Cara Kemaskini UPUOnline

Pastikan anda melayari laman web rasmi UPUOnline.

Masukkan nombor kad pengenalan dan kata laluan

Cara Kemaskini UPUOnline

Masukkan No. Kad Pengenalan & Kata Laluan kemudian tekan ‘Log Masuk’

Klik pada butang “Kemaskini”

Klik pada butang borang untuk tujuan kemaskini.

Kemaskini program pengajian

Berdasarkan jumlah slot pilihan yang disediakan, pilih Universiti/ Matrikulasi anda.

Selesai

Sahkan pilihan anda & download slip permohonan

Cara Kemaskini UPUOnline

Sekiranya calon lupa kata laluan upu, sila klik butang ‘lupa kata laluan’ dan ikuti prosedur untuk set semula kata laluan baharu.

Calon boleh mengemaskini pilihan program pengajian kecuali yang telah dipanggil ujian atau temuduga.

  • Calon boleh membuat kemaskini tanpa had sepanjang tempoh kemaskini dibuka.
  • Namun, calon perlu memastikan kemaskini maklumat hanya dilakukan oleh calon sendiri tanpa penglibatan mana mana pihak ketiga.
  • BKPA tidak akan bertanggungjawab atas sebarang kesilapan maklumat yang direkodkan.
  • Calon juga dinasihatkan untuk mencetak/ menyimpan slip permohonan setiap kali melakukan kemaskini permohonan.
  • Calon hanya perlu login UPUOnline seperti biasa, kemudian klik pautan SLIP pada sebelah kanan laman. Seterusnya, slip permohonan akan dipaparkan dalam format PDF.
  • Calon boleh cetak terus atau menyimpan/save fail PDF tersebut dalam komputer anda.

Bagi permohonan upu online fasa 2, sebarang maklumat terkini hendaklah dirujuk kepada pihak BPKP JPT dari masa ke semasa.

Maklumat Lanjut

Sebarang pertanyaan atau masalah berbangkit berkaitan UPUOnline, boleh hubungi pihak UPUOnline melalui:

Hotline UPU: 03-86842363
Maklumbalas UPU: https://jpt.mohe.gov.my/maklumbalas/
E-mel: upu@mohe.gov.my
UPUChat: https://upuchat.org/

Bahagian Kemasukan Pelajar IPTA
Jabatan Pendidikan Tinggi,
Kementerian Pengajian Tinggi
Aras 4, No. 2 Menara 2, Jalan P5/6
Presint 5 Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62200 Wilayah Persekutuan Putrajaya

Media Sosial Rasmi UPUOnline (BPKP JPT)
Untuk mendapatkan informasi terpantas sejurus hebahan dibuat, sila ikuti:

Jangan Lupa Ikuti di Media Sosial Rasmi UPUOnline :~

TikTok : @bkpaupu
Facebook : kemasukan bkpa jpt
Telegram : UPUONLINE CHANNEL
Instagram : @kemasukanbkpa
YouTube : bkpaUPU