Cara Buka Akaun ASNB Online & Cara Tambah Duit ASB Online

Cara Buka Akaun ASNB

Cara Buka Akaun ASNB. Di zaman ekonomi semakin mencabar ini, pastinya kita memikirkan cara untuk mendapat lebih banyak wang kan? Salah satu cara mendapat lebih banyak wang adalah dengan melaburkan di Amanah Saham Nasional Berhad ASNB. Kini, orang ramai boleh buka akaun ASB hanya secara online sahaja.

Jika dahulunya nak buka akaun perlu pergi ke mana-mana bank atau kiosk ASNB, sekarang lebih mudah ada internet dah boleh akses guna telefon je. Pelaburan ASB ini adalah yang paling selamat dan dijamin tidak akan rugi. Tapi nak buka akaun ni kena cukuplah semua syarat nak bukan akaun ASNB ni. Penjelasannya akan diberitahu di bawah.

CARA BUKA AKAUN ASNB SECARA ATAS TALIAN (ONLINE)

Sebelum buka akaun ASNB, pastikan melepasi syarat yang ditetapkan seperti dinyatakan di bawah:

Kelayakan Melabur ASB

  • Golongan bumiputera yang layak melabur di dalam tabung unit amanah ASNB (termasuk Penjaga Berdaftar) adalah:
    Bumiputera adalah Melayu, Pribumi Sabah dan Sarawak seperti takrifan dalam Perlembagaan Persekutuan serta Orang Asli seperti definisi dalam Akta Orang Asli 1954
  • Golongan yang tidak layak melabur (termasuk Penjaga Berdaftar) adalah:
    Bukan Warganegara dan Pemegang unit yang telah menyerahkan taraf warganegara Malaysia

PANDUAN DAFTAR ASB SECARA ONLINE

Untuk mendaftar ASNB secara online, ikuti langkah berikut:

1. Muat turun aplikasi my ASNB di telefon:

Cara Buka Akaun ASNB

2. Buka Aplikasi dan Klik Daftar

Cara Buka Akaun ASNB

Baca Juga:

3. Pilih jenis ID, masukkan No. ID dan No. Telefon yang aktif, tandakan kotak dan klik Teruskan

Cara Buka Akaun ASNB

4. Masukkan No.OTP yang diterima melalui SMS ke nombor telefon yang didaftarkan tadi.

Cara Buka Akaun ASNB

5. Masukkan butiran peribadi yang diperlukan, pastikan nombor akaun bank yang diberikan sama dengan nama yang didaftarkan.

6. Lengkapkan akuan berkanun dan klik Teruskan

Cara Buka Akaun ASNB

7. Isikan butiran pekerjaan dan tandakan kotak lalu klik Hantar (Informasi adalah sulit)

8. Bagi membuktikan identiti, muatnaik gambar Bahagian depan dan belakang MyKad dan klik Teruskan.

9. Sebagai keselamatan tambahan, ikuti langkah pengesahan swafoto iaitu menggerakkan kepala dan bercakap dalam dua video berbeza dan klik hantar video.

10. Setelah itu masukkan nama pengguna, kata laluan dan butiran keselamatan lalu klik teruskan.

Selesai pendaftaran, boleh mula buat pelaburan dengan klik pada butang yang berkaitan.

CARA TAMBAH DUIT ASB SECARA ONLINE

Setelah daftar, log masuk aplikasi MyASNB dan ikuti langkah berikut:

1. Klik labur sekarang.

2. Jawab 6 soalan mudah untuk pihak ASNB cadangkan produk yang sesuai.

3. Pilih jenis pelaburan yang ingin dibuat.

4. Masukkan jumlah pelaburan dan pilih cara pembayaran (online banking dsb), tandakan kotak setuju dan klik teruskan.

5. Pembayaran selesai. Korang telah melabur dengan MyASNB.

CARA CHECK DIVIDEN ASB

Semakan melalui aplikasi Maybank MAE

1. Login aplikasi Maybank MAE

2. Klik butang Maybank2U di kiri bawah skrin.

3. Tiba di page seterusnya, scroll skrin ke kiri untuk melihat butang di bahagian kanan.

4. Semua akaun ASB akan dipaparkan beserta nombor akaun dan jumlah baki akaun serta dividen bagi tahun sebelum ini.

Mudah je kan nak daftar ASNB Online? Nak tambah duit pelaburan pun boleh buat secara online je juga. Tak perlu lagi pergi ke kaunter atau bank. Hujung tahun nanti boleh tengok dividen ASNB umum berapa dan dapat untung. Walaupun dividen ASNB mungkin tak setinggi waktu dulu tapi ianya tetap tidak rugi. Jadi apa lagi jom daftar MyASNB!