BPR Fasa 3: Tarikh Bayaran & Jumlah Bantuan Yang Akan Diterima
Bagi yang masih tertanya-tanya berkenaan BPR Fasa 3, berikut dikongsikan beberapa maklumat berkaitan seperti tarikh pembayaran dan jumlah bantuan yang akan diterima mengikut kategori.
TARIKH PEMBAYARAN BPR FASA 3
Untuk makluman anda, setakat ini tiada lagi tarikh terperinci yang telah diumumkan. Namun begitu, bayaran dijangka akan diterima bermula pada bulan September 2021.
JUMLAH BAYARAN YANG DITERIMA
Kategori bujang tidak akan menerima bayaran pada Fasa 3 kerana telah menerima keseluruhan jumlah bayaran pada Fasa 1 dan Fasa 2.
Berikut adalah jumlah bayaran yang akan diterima pada BPR Fasa 3 mengikut kategori Isi Rumah:
Pendapatan Isi Rumah < RM2,500
- Kurang dari 1 anak : RM500
- 2 anak dan ke atas : RM1,100
Pendapatan Isi Rumah RM2,501 – RM4,000
- Kurang dari 1 anak : RM200
- 2 anak dan ke atas : RM600
Pendapatan Isi Rumah RM4,001 – RM5,000
- Kurang dari 1 anak (Pemohon 60 tahun ke atas) : RM200
- Kurang dari 1 anak : RM100
- 2 anak dan ke atas : RM200
CARA MEMBUAT SEMAKAN STATUS BAYARAN BPR FASA 3
Berikut dikongsikan cara untuk membuat semakan status kelulusan dan maklumat pembayaran BPR Fasa 3:
- Log masuk ke laman web BPR – klik DI SINI
- Kemudian tekan butang “Semak Status”
- Dan status bayaran / permohonan akan dipaparkan.
MAKLUMAT LANJUT
Sebarang pertanyaan berkaitan BPR Fasa 3, anda boleh melayari laman web BPR dan menghubungi LHDNM di:
- LHDNM: 1 800 88 2747 (Waktu Operasi 9.00 pagi – 5.00 petang)
- MoF: 03-8882 4565 / 4566 (Waktu Operasi 9.00 pagi – 5.00 petang)
- Hadir ke cawangan LHDNM / PKH LHDNM / UTC LHDNM