BKM Fasa 2: Kerajaan Umum Bayaran Tambahan Untuk Golongan Isi Rumah & Bujang B40

Bantuan Keluarga Malaysia BKM Tambahan akan mula disalurkan bermula pada 27 Jun 2022. Pada sidang media Khas Perdana Menteri Malaysia Ismail Sabri petang tadi telah mengumumkan beberapa perkara mengenai harga minyak, harga ayam dan juga mengenai semakan serta bantuan tambahan BKM.

Berikut adalah merupakan intipati-intipati yang telah dimaklumkan semasa sidang media tadi.

BKM Tambahan Fasa 2

Untuk BKM Fasa 2, Perdana Menteri Malaysia menyatakan yang semakan boleh dibuat di laman rasmi pada 27 Jun 2022.

Kerajaan juga bersetuju untuk tambah bantuan kepada golongan isi rumah dan bujang sebanyak RM50 hingga RM100.

Jumlah Tambahan BKM Fasa 2

Berikut adalah merupakan jumlah tambahan BKM Fasa 2 yang telah diumumkan:

  • RM100 (Isi rumah)
  • RM50 (Bujang)

Bayaran Tambahan ini akan dibuat bersama bayaran Fasa Kedua. Bayaran dibuat mulai 27 Jun 2022 secara berperingkat.

Maklumat Lanjut

Untuk maklumat lanjut mengenai pembayaran BKM fasa 2 tahun 2022 anda boleh melayari laman web Lembaga Hasil Dalam Negeri di https://bkm.hasil.gov.my/