BKM Bujang Fasa 3 RM150 Dikreditkan Bermula Hari Ini
Tahukah anda, pengkreditan bayaran bagi Bantuan Khas RM150 akan mula dilakukan bermula Bulan September Tahun 2022.
Merujuk kepada jadual hari bekerja, hari Selasa merupakan hari bekerja pertama bagi bulan September 2022. Ini bermakna, terdapat pemohon yang akan menerima bayaran pada 1 dan 2 September, diikuti 5 September 2022 dan seterusnya.
Bayaran bantuan ini adalah dikhaskan kepada golongan remaja, belia dan bujang yang tidak memiliki anak dengan pendapatan tidak melebihi RM5,000. Bayaran terakhir yang juga sebanyak RM150 akan dikreditkan sekitar Disember 2022 (selepas bayaran September 2022).
Semakan Status Bantuan BKM Bujang Fasa 3
Peringkat Satu
- Bayaran dikreditkan bermula pada 28 Mac 2022 secara berperingkat dan 30 Mac 2022 secara tunai di cawangan BSN
Peringkat 2
- Bayaran dikreditkan bermula pada 27 Jun 2022 secara berperingkat begitu juga dengan bayaran tunai di cawangan BSN
Fasa 3
- Bayaran dikreditkan bermula 20 September 2022 sehingga akhir bulan September 2022 (secara berperingkat).
Peringkat 4
- Bayaran dikreditkan bermula pada Disember 2022
Bantuan Khas RM150 ini merupakan salah satu instrumen dalam kerangka Bantuan Keluarga Malaysia BKM Fasa 3.
Kadar Bayaran Bantuan Khas RM150 dan Kategori Lain BKM
Baca Juga:
- Pengeluaran Wang KWSP Dibenarkan ~ Semak Sekarang!
- Semakan Rayuan BKM & Jumlah Bantuan Yang Akan Diterima
Cara Semakan Status BKM Bujang Fasa 3
Berikut adalah cara untuk membuat semakan BKM:
- Log masuk ke bkm.hasil.gov.my
- Klik Semakan Status
- Paparan kelayakan akan ditunjukkan
- Klik maklumat pembayaran untuk lihat status pembayaran
Maklumat Lanjut
Sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut mengenai pembayaran BKM Fasa 1 hingga Fasa 4, anda boleh layari bkm.hasil.gov.my
Pengenalan Bantuan Keluarga Malaysia (BKM)
Kerajaan pada Tahun 2021 memperkenalkan Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) melalui Belanjawan 2022 dengan bantuan tunai tertinggi iaitu sebanyak RM2,000 dalam usaha mengurangkan bebanan rakyat yang terkesan berikutan pandemik COVID-19.
Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz, dalam satu kenyataan berkata BKM dengan peruntukan sekitar RM8.2 bilion, dapat memanfaatkan sekitar 9.6 juta penerima melibatkan isi rumah memiliki tiga anak dan lebih, selain purata pendapatan bulanan di bawah RM2,500 sebulan.
“Bantuan kali ini merupakan yang tertinggi seumpamanya berbanding sebelum ini di mana Bantuan Prihatin Rakyat (BPR) hanya memperuntukkan sebanyak RM1,800 sahaja.
“Bantuan tunai langsung itu telah ditambah baik dengan memperkenalkan BKM dalam memberi lebih tumpuan kepada golongan yang terkesan,” ujarnya selepas membentangkan Bajet 2022 di Dewan Rakyat.
Katanya, tumpuan kerajaan kini adalah untuk melanjutkan bantuan tunai langsung secara bersasar, memperkukuh aspek pendidikan dan kesihatan awam serta terus menjana peluang pekerjaan.
“Untuk tahun 2022, inisiatif bantuan tunai langsung bakal ditambah baik, kerajaan akan memperkenalkan Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) dengan beberapa pembaharuan dan penambahbaikan agar kumpulan yang benar-benar berkesan diberi tumpuan,” katanya.
Selain itu, beliau berkata, kerajaan bersetuju untuk memberikan bantuan tambahan sebanyak RM500 ringgit lagi kepada ibu atau bapa tunggal yang memiliki anak tanggungan serta berpendapatan bulanan sehingga RM5,000.
“Bantuan tambahan sebanyak RM300 ringgit lagi akan turut diberikan kepada golongan isi rumah warga emas. Hal ini bermakna ibu atau bapa tunggal dengan tiga anak atau lebih, layak mendapat BKM dengan jumlah maksimum sebanyak RM2,500.
“Secara keseluruhan, kerajaan memperuntukkan RM2.4 bilion disediakan bagi penyaluran bantuan kebajikan untuk manfaat lebih 440,000 isi rumah memerlukan,” katanya.