Belanjawan 2024 : Gaji Dinaikkan RM300 & Bonus Setengah Bulan Diberikan – Cuepacs
Belanjawan 2024 : Gaji Dinaikkan RM300 – Kongres Kesatuan Pekerja-pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) memohon kerajaan menaikkan gaji penjawat awam sebanyak RM300.
Perkara ini dilakukan dalam pembentangan Belanjawan 2024 bulan depan.
Kesatuan itu turut berharap kerajaan memberikan bonus minimum satu bulan setengah kepada penjawat awam.
Yang mana kali terakhir diterima pada 2012 dan selepas itu hanya diberikan bantuan khas kewangan.
Belanjawan 2024 : Gaji Dinaikkan RM300 – Mohon Cuepacs
Presiden Cuepacs Datuk Adnan Mat berkata kenaikan gaji itu perlu diberikan.
Ianya bertujuan bagi membantu penjawat awam menghadapi peningkatan kos sara hidup semasa.
Sambil menunggu Sistem Saraan Perkhidmatan Awam dilaksanakan pada 2025.
Baca Juga:
- Permohonan eWallet RM100 : Bantuan Kredit e-Tunai B40
- Bantuan STR Tambahan (SARA) RM600 Mula Dikreditkan Hari Ini
“Kenaikan gaji sebanyak RM300 ini juga boleh meningkatkan gaji bersih (take-home pay)”
“serta memberi kelegaan kepada penjawat awam sementara menunggu tempoh sistem saraan baharu dilaksanakan pada 2025,” katanya dalam kenyataan tempoh ini.
Gaji Dinaikkan Bagi Meningkatkan Motivasi Penjawat Awam
Adnan berkata Cuepacs memahami kekangan kerajaan, tetapi pada masa sama penjawat awam juga perlu ihsan daripada kerajaan bagi meningkatkan motivasi dalam pekerjaan.
Pada pembentangan belanjawan itu, Cuepacs turut memohon diskaun sekurang-kurangnya 30 peratus bagi pembayaran cukai pendapatan kepada semua penjawat awam.
Dan meningkatkan jumlah pengiraan pencen kepada jumlah tahun perkhidmatan sehingga 35 tahun bagi memaksimumkan pencen yang bakal diterima penjawat awam.
“Ketika ini, pengiraan pencen penjawat awam adalah terhad kepada terhad kepada 360 bulan atau 30 tahun tempoh perkhidmatan.
“Bagi tempoh perkhidmatan lebih 30 tahun dan ke atas, pengiraan pencen bulanan diambil terus 60 peratus dari gaji pokok akhir atau 3/5 daripada gaji pokok akhir.
Situasi ini akan mengakibatkan mereka yang berkhidmat lebih daripada 30 tahun tidak dapat menikmati jumlah maksimum pencen berdasarkan perkhidmatan mereka,” katanya.
SUMBER :BERNAMA