Bayaran Pengeluaran KWSP Fasa 1 Mula Dikreditkan Hari Ini

Bayaran Pengeluaran KWSP

Bayaran Pengeluaran KWSP Fasa 1. PETALING JAYA: Fasiliti Sokongan Akaun 2 Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) akan dilaksanakan dalam dua fasa, dan ahli yang memenuhi kriteria kelayakan boleh memohon melalui bank yang mengambil bahagian iaitu MBSB Bank dan Bank Simpanan Nasional (BSN). KWSP akan mempertimbangkan untuk menambah lebih banyak bank yang mengambil bahagian pada masa hadapan.

Bayaran Pengeluaran KWSP Fasa 1 Bermula 7 April 2023

Dalam satu kenyataan KWSP menjelaskan bahawa pengeluaran KWSP Fasa 1 akan dibuka bermula 7 April 2023. Permohonan Fasa 1, kekal dibuka selama setahun, ahli yang layak berumur 40 tahun ke atas boleh memohon, tertakluk kepada kesediaan bank yang mengambil bahagian.

Tarikh mula untuk Fasa 2 untuk ahli di bawah umur 40 tahun akan diumumkan dalam masa terdekat.

Pihak bank akan mentadbir sepenuhnya proses permohonan untuk pembiayaan peribadi melalui kemudahan ini, tertakluk kepada penilaian pembiayaan dan rangka kerja kredit mereka.

Baca Juga:

Permohonan Pengeluaran KWSP Fasa 1 Boleh Dilakukan Secara Dalam Talian

Permohonan pembiayaan peribadi ini boleh dibuat secara dalam talian melalui institusi perbankan yang mengambil bahagian. Sebelum membuat permohonan, ahli perlu membuat semakan awal kelayakan dalam Akaun 2 KWSP. Permohonan hendaklah dibuat mengikut terma dan syarat yang dipersetujui dengan institusi perbankan.

Kadar faedah (Konvensional) atau kadar keuntungan (Islamik) yang akan dikenakan oleh bank-bank yang mengambil bahagian di bawah program ini adalah antara 4 peratus hingga 5 peratus, lebih rendah dan lebih berpatutan daripada kadar pasaran semasa iaitu 8 peratus hingga 15 peratus.

Bayaran Pengeluaran KWSP

Kemudahan ini disasarkan kepada ahli KWSP yang mempunyai simpanan dalam Akaun 2 dan disokong dengan pendapatan yang berpatutan

Hal ini bagi memastikan mereka mampu membiayai dan membayar balik tanpa menjejaskan kecukupan dan keselamatan simpanan persaraan mereka.

Pencarum KWSP 4 Juta Bakal Mendapat Manfaat

Fasiliti ini bakal memanfaatkan lebih daripada 4 juta ahli KWSP di bawah umur 55 tahun yang layak. Kadar faedah (Konvensional) atau kadar keuntungan (Islamik) yang akan dikenakan oleh institusi perbankan dijangka di antara 4% hingga 5% setahun. Kadar ini adalah jauh lebih rendah daripada kadar pasaran semasa pembiayaan peribadi daripada institusi perbankan yang dikenakan pada sekitar 8% hingga 15%.

Pencarum KWSP Boleh Mengeluarkan RM3,000 – RM50,000

Manakala, jumlah pembiayaan minimum sebanyak RM3,000 dan maksimum sebanyak RM50,000 tertakluk kepada baki simpanan di dalam Akaun 2 KWSP.

Dan terma dan syarat yang ditetapkan oleh pihak bank. Memandangkan jumlah caruman dalam Akaun 2 hanyalah sokongan, pembiayaan ini tidak bercanggah dengan peruntukan Akta KWSP.

Jelasnya lagi, setakat 31 Januari 2023, seramai 1.89 juta ahli berumur antara 40 tahun hingga bawah 55 tahun atau 38% yang mempunyai simpanan di dalam Akaun 1 sebanyak RM10 ribu dan ke bawah. Maka sebab itu penting untuk membina semula tabungan bagi kumpulan ini agar punyai simpanan mencukupi untuk hari tua nanti.

Rakyat Melakukan Pengeluaran Kerana Keperluan Mendesak

Pengeluaran sewaktu Pandemik yang dibuat sebelum ini memang untuk keperluan mendesak, dan kita semua faham. Kini, tidak wajar untuk masih membenarkan pengeluaran khas dana simpanan persaraan rakyat. Negara seperti Australia, Peru dan Chile yang membenarkan pengeluaran simpanan persaraan pada 2020 dan 2021, sudah tidak lagi diteruskan tahun lalu.

SUMBER : BuletinTV3