Bayaran Bantuan Tambahan RM600 Fasa 3 Dikreditkan Hari Ini

Bayaran Bantuan Tambahan RM600

Bayaran Bantuan Tambahan RM600. Berita baik kepada penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR), pihak kerajaan sudah mengeluarkan jadual bayaran untuk STR tahun ini dan STR Fasa 2 bakal dibayar April ini.

Sebelum itu, pada Belanjawan 2023 lepas Perdana Menteri turut mengumumkan bantuan tambahan STR RM 600 kepada penerima yang layak.

SUMBANGAN TUNAI RAHMAH STR 2023

Sumbangan Tunai Rahmah STR 2023 sebuah bantuan kerajaan yang diberikan kepada rakyat yang berkelayakan dari segi pendapatan, status perkahwinan dan tanggungan.

Pembayaran STR telah dimulakan pada Januari dan akan diteruskan dalam beberapa bulan lagi.

Ia merupakan sebuah inisiatif kerajaan untuk membantu rakyat yang menangani kos sara hidup yang tinggi.

JADUAL & TARIKH BAYARAN STR FASA 3

Untuk pengetahuan anda, melalui laman web rasmi Kementerian Kewangan, jadual bayaran STR 2023 telah dipaparkan beserta jumlah bantuan yang bakal diterima.

Bagi STR Fasa 2, pembayaran akan dimulakan bermula 5 April ini atau lebih tepat sebelum Hari Raya Aidilfitri 2023 dan Fasa 3 pula pada bulan Julai.

Baca Juga:

JUMLAH & TARIKH BAYARAN BANTUAN STR FASA 3

Mengenai jumlah pembayaran bantuan STR Fasa 2 pula, pembayaran terbahagi kepada beberapa kategori iaitu:

ISI RUMAH TIADA HAD UMUR

PENDAPATAN BULANAN RM 0 – RM 2,500

  • 0 Anak – RM 200
  • 1-2 Anak – RM 200
  • 3-4 Anak – RM 200
  • 5 Dan Lebih Anak – RM 200

PENDAPATAN BULANAN RM 2,501 – RM 5,000

  • 0 Anak – RM 200
  • 1-2 Anak – RM 200
  • 3-4 Anak – RM 200
  • 5 Dan Lebih Anak RM 200

WARGA EMAS SEBATANG KARA 60 TAHUN KE ATAS

  • RM 100

BUJANG (21-59 TAHUN) & BUJANG OKU (19-59 TAHUN)

  • RM 100

BAYARAN BANTUAN TAMBAHAN RM600 ISI RUMAH

Selain itu, Perdana Menteri turut umumkan sebuah bantuan tambahan RM 600 Sumbangan Tunai Rahmah kepada rakyat yang layak.

Penerima STR yang layak terima bantuan tambahan tersebut adalah isi rumah miskin tegar tiada had umur.

SEMAKAN STATUS BAYARAN BANTUAN TAMBAHAN RM600

Semakan status STR Fasa 2 boleh dibuat menerusi laman web STR di https://bantuantunai.hasil.gov.my/

CARA KEMASKINI STATUS STR 2023

Kerajaan baru sahaja mengumumkan permohonan baru dan kemaskini STR Sumbangan Tunai Rahmah bagi mereka yang ingin buat permohonan atau buat rayuan.

Tempoh permohonan dan pengemaskinian adalah bermula pada 1 Mac hingga 31 Mac 2023.

Berikut adalah cara kemaskini :

  • Pergi ke laman rasmi : https://bantuantunai.hasil.gov.my/
  • Log masuk MySTR
  • Tekan butang Kemas Kini Permohonan
  • Isi & kemaskini maklumat peribadi anda
  • Tekan Teruskan
  • Sahkan CAPTCHA
  • Sila Tick pada Perakuan Pemohon
  • Tekan Hantar

LANGKAH KEMASKINI PERMOHONAN STR

Untuk mengemaskini permohonan anda, sila rujuk panduan berikut:

MAKLUMAT LANJUT TARIKH BAYARAN BANTUAN TAMBAHAN RM600

Maklumat lanjut mengenai pembayaran STR, sila layari laman web https://bantuantunai.hasil.gov.my/