Bayaran Bantuan Fasa 3 RM200 Dikreditkan Awal Bulan Ini
Bayaran Bantuan Fasa 3. Untuk pengetahuan anda, pelbagai jenis bantuan dan inisiatif telah diperkenalkan oleh pihak kerajaan sama ada melalui Kerajaan Negeri ataupun Kerajaan Persekutuan. Ia termasuklah bantuan golongan berumah tangga, keluarga, warga emas dan bujang.
Untuk bulan Mac ini, bantuan FASA 3 berjumlah RM 200 akan dikreditkan kepada setiap penerima yang layak.
BANTUAN MUSIM TENGKUJUH (BMT)
Bayaran Fasa 2 bagi Bantuan Musim Tengkujuh (BMT) mula dikreditkan ke akaun penerima pada hujung Februari 2023. Manakala bayaran Fasa 1 pada bulan Januari lepas. Seterusnya, bayaran Fasa 3 pula adalah pada bulan Mac ini.
BMT adalah sebuah bantuan kewangan yang diberikan kepada pekebun kecil / penoreh getah sebagai usaha untuk meringankan beban mereka ketika musim tengkujuh melanda.
JUMLAH BAYARAN BANTUAN FASA 3
Jumlah keseluruhan bagi bantuan ini adalah RM 800 bagi setiap penerima. Pembayaran dipecahkan kepada 3 peringkat iaitu:
- Januari – RM 300
- Februari – RM 300
- Mac – RM 200
Baca Juga:
- Bantuan Sara Diri RM2,000 Untuk Semua Rakyat Malaysia
- RASMI : Tarikh & Jumlah Bayaran STR Fasa 2 Untuk Isi Rumah
JADUAL BAYARAN BANTUAN FASA 3
Untuk pengetahuan anda, pembayaran bantuan ini bagi peringkat pertama dan kedua iaitu pada bulan Januari serta Februari sudah selesai.
Untuk pembayaran ketiga pula iaitu dijangkakan pada hujung Mac akan dikreditkan secara berperingkat ke akaun penerima yang layak.
SYARAT KELAYAKAN BANTUAN
PEKEBUN KECIL RISDA
- Warganegara Malaysia
- Pekebun kecil berdaftar (pemilik pengusaha) dengan RISDA
- Keluasan tanah 0.1 sehingga 2.5 hektar
- Pemilik tanah yang sah
- 1 lot hanya untuk seorang penerima bantuan sahaja
PENOREH BUKAN PEMILIK
- Warganegara Malaysia
- Penoreh bukan pemilik yang berdaftar dengan RISDA
- Menoreh di lot berkeluasan 0.1 hingga 2.5 hektar
- Pengesahan pemilik tanah yang sah
- 1 lot hanya untuk seorang penerima sahaja
- Mempunyai Kad Permit Autoriti Getah (PAT-G) yang masih sah
SEMAKAN KELULUSAN BANTUAN MUSIM TENGKUJUH
Pembayaran akan dibuat melalui Pemindahan Dana Elektronik (EFT) ke akaun bank aktif telah didaftarkan oleh penerima semasa permohonan dibuat.
Semakan kelulusan boleh dibuat secara atas talian melalui sistem https://bmt.risda.gov.my/bmtsemakanstatus/