Bantuan Tunai RM150 Untuk Rakyat Malaysia Dikreditkan Hari Ini
BAP. TERKINI : Bantuan awal persekolahan RM150 diberikan kepada semua murid tanpa had pendapatan ibu bapa pada Januari 2023
Perdana Menteri dan juga Menteri Kewangan, Anwar Ibrahim berkata, bantuan itu akan disalurkan mulai Januari 2023.
Beliau mencadangkan perkara itu ketika membentangkan Rang Undang-Undang (RUU) Kumpulan Wang Disatukan (Perbelanjaan Masuk Akaun) 2022 di Dewan Rakyat, hari ini.
Bagi mengatasi isu generasi tercicir ekoran pandemik COVID-19, beliau berkata, kerajaan bersetuju menyalurkan Bantuan Awal Persekolahan bernilai RM150 kepada semua murid, tanpa mengambil kira had pendapatan ibu bapa, pada Januari 2023.
Katanya, adalah penting untuk mempersiapkan murid dengan kelengkapan sekolah yang sewajarnya, selain keperluan perbelanjaan bagi Rancangan Makanan Tambahan (RMT) dan pembelian buku teks.
Berikut dikongsikan info lanjut tentang Bantuan Awal Persekolahan secara umum.
Apakah Bantuan Awal Persekolahan (BAP)?
Bantuan Awal Persekolahan (BAP) mula diperkenalkan pada tahun 2012 bertujuan untuk meringankan beban perbelanjaan persekolahan anak-anak yang ditanggung oleh ibu bapa atau penjaga terutamanya pada awal tahun.
Sebelum ini, bantuan ini diberikan kepada murid-murid Tahun 1 hingga Tingkatan 5 atau yang setaraf dengannya dari kalangan keluarga yang berpendapatan Isi Rumah Kasar RM3,000.00 dan ke bawah.
Dalam Bajet 2023 terdahulu, Kerajaan telah mengumumkan menyediakan Bantuan Awal Persekolahan sebanyak RM150 untuk semua murid, tanpa mengira had pendapatan dan usul ini diteruskan oleh Kerajaan Perpaduan pimpinan PM Anwar Ibrahim.
Baca Juga:
- Pengeluaran KWSP Khas Untuk Individu Yang Layak Diluluskan!
- Bantuan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) RM500 Dikreditkan Bermula Esok
Kadar Bantuan
Murid yang layak akan menerima BAP akan diberi bantuan sebanyak RM150.00 bagi seorang murid secara sekaligus (one-off).
Syarat / Kriteria Kelayakan Bantuan Awal Persekolahan (BAP)
Pemberian BAP kepada murid-murid dibuat berdasarkan kriteria-kriteria berikut:
a) Murid warganegara Malaysia:
b) Murid Tahun 1 hingga Tingkatan 5 atau yang setaraf dengannya bagi Sesi Persekolahan 2023/204; dan
c) Murid bersekolah di :
i. Sekolah Kerajaan (SK)
ii. Sekolah Bantuan Kerajaan (SBK)
iii. Sekolah Agama
iv. Sekolah Swasta Persendirian yang berdaftar dengan Kerajaan
v. Sekolah Bimbingan Jalinan Kasih
vi. Sekolah Integriti
v. Sekolah Henry Gurney
Kaedah Penyaluran Bayaran
Bantuan akan disalurkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) secara berperingkat terus ke ;
- Akaun Kumpulan Wang Kerajaan (KWK) sekolah; ATAU
- Akaun Khas Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) bagi sekolah yang tidak mempunyai Akaun KWK
Pengagihan Bantuan Awal Persekolahan dibuat sama ada secara:
- Tunai; atau
- Disalurkan terus ke akaun bank murid
Tarikh Penyaluran BAP 2023
- Mulai 12 Januari 2023
BORANG PERMOHONAN BANTUAN PERSEKOLAHAN (BORANG PB1)
- Dapatkan borang permohonan DI SINI
BORANG PENGESAHAN PENDAPATAN (BORANG PB2)
- Dapatkan borang pengesahan DI SINI
Oleh itu, ibu bapa atau penjaga perlulah mengemaskini data pendapatan terkini melalui sistem atau borang tersebut.
NOTA:
Pendapatan KASAR bulanan adalah pendapatan yang mengambil kira gaji hakiki/pokok dan elaun-elaun tetap sahaja. Elaun lebih masa dan elaun-elaun yang bersifat tidak tetap tidak boleh diambil kira sebagai pendapatan KASAR bulanan.
Ibu bapa/ penjaga boleh memuat turun dan mencetak borang PB 1 & 2 atau dapatkan di pejabat sekolah.
- Borang PB1 : ( Borang permohonan)
- Borang PB2 : ( Pengesahan Pendapatan)
Maklumat Lanjut
Untuk maklumat lanjut tentang Bantuan Awal Persekolahan, sila rujuk laman web Kementerian Pendidikan Malaysia di pautan berikut:
- Klik DI SINI
Soalan Lazim
Berikut adalah soalan lazim berkenaan Bantuan Awal Persekolahan 2023 yang dikeluarkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) pada 22 Disember 2022.