Bantuan Tunai Kerajaan RM350 Untuk Golongan B40 Dikreditkan Setiap Bulan
Bantuan Tunai Kerajaan RM350 – Setiap tahun, inisiatif memberi wang tunai kepada mereka yang memerlukan diteruskan. Ini adalah langkah penting untuk membantu mengurangkan beban kewangan mereka.
Pihak kerajaan telah melaksanakan pelbagai bantuan dan inisiatif yang boleh diakses oleh rakyat yang memenuhi syarat melalui peringkat negeri mahupun persekutuan.
Salah satu bantuan yang dihulurkan ialah bantuan wang tunai di bawah Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).
Berikut dikongsikan maklumat lanjut mengenai bantuan ini.
Bantuan Tunai Kerajaan RM350
Bantuan Am Persekutuan adalah satu inisiatif JKM yang direka untuk memberi bantuan kepada individu/keluarga yang kurang berkemampuan dan memerlukan untuk meneruskan kelangsungan hidup dan kesejahteraan masyarakat.
Jumlah bantuan adalah minimum RM100 seorang sebulan dan maksimum RM350 setiap keluarga sebulan.
Baca Juga:
- Jawatan Kosong Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) / GAJI RM8,000 – RM15,000
- Pengeluaran Simpanan KWSP Melalui Akaun 1 & 2 Diluluskan!
Syarat Kelayakan
Berikut adalah syarat & kriteria kelayakan bagi memohon bantuan ini :
- Rakyat dan penduduk Wilayah Persekutuan;
- Pendapatan isi rumah tidak melebihi purata pendapatan garis kemiskinan semasa bagi keluarga miskin (PGK) atau purata garis kemiskinan per kapita PGK semasa;
- Kumpulan miskin dan isi rumah miskin yang tidak dilindungi oleh mana-mana skim bantuan bulanan JKM lain.
Cara Permohonan Bantuan Tunai Kerajaan RM350
Pemohon yang memenuhi syarat kelayakan yang ditetapkan boleh memohon bantuan melalui Pejabat Kebajikan Masyarakat.
Untuk memastikan bahawa bantuan hanya diberikan kepada yang berhak, setiap permohonan yang didaftarkan akan melalui proses semakan penilaian. Proses ini bertujuan untuk mengesahkan kelayakan pemohon.
Ini selaras dengan prinsip memberi bantuan berdasarkan kelayakan dan bukannya hak.
Maklumat Lanjut
Bagi mereka yang layak memohon, anda boleh mengisi butiran permohonan di portal rasmi JKM – DI SINI.