Bantuan RM800 Dikreditkan Secara One-Off Selama 4 Bulan

Bantuan RM800

Bantuan RM800 2023 akan diberikan kepada rakyat Malaysia 2023 bagi mereka yang memenuhi syarat-syarat yang telah ditetapkan.

Untuk makluman, bantuan kewangan RM800 secara one-off atau Bantuan Musim Tengkujuh (BMT) 2023 merupakan sebuah inisiatif kerajaan untuk meringankan dan mengurangkan beban kewangan pekebun kecil / penoreh getah yang berkelayakan semasa musim tenkujuh.

Bagaimana cara mohon bantuan kewangan RM800 one-off ini? Kami kongsikan kepada anda.

Bantuan RM800 2023

Semua penyaluran Bantuan Musim Tengkujuh (BMT) akan dibayar secara pemindahan dana elektronik terus ke akaun penerima yang layak oleh RISDA.

Kelayakan Pemohon

Pemilik tanah yang mengusahakan ladang getah

  • Mesti berdaftar dengan
  • Keluasan tanah: 15 ekar dan ke bawah
  • Tidak berdaftar dan tidak menerima BMT daripada Risda

Penoreh getah

  • Penoreh getah mestilah masih hidup dan berdaftar dengan LIGS
  • Aktif menjual dan mempunyai rekod penjualan getah sehingga bulan September 2021

Penama

  • Hanya dibayar kepada wakil sekiranya penama telah meninggal dunia pada tahun 2019 atau tahun berikutnya
  • Wakil perlu mengisi borang wakil dengan lengkap (borang wakil boleh didapati di pejabat LIGS terdekat)

Bantuan RM800

Baca Juga:

Cara Memohon Bantuan RM800

  • Permohonan & pengemaskinian maklumat untuk Bantuan Musim Tengkujuh (BMT) 2023 boleh dibuat pada bila-bila masa dengan mengisi Borang Pekebun Kecil dan hantar ke pejabat daerah LIGS yang terdekat
  • Sila hubungi talian 08 8212 311 untuk maklumat lokasi pejabat LIGS daerah yang berdekatan dengan lokasi pemohon

Jumlah Bayaran Bantuan Musim Tengkujuh

Jumlah bayaran telah ditingkatkan daripada RM600 kepada RM800 kepada empat bulan iaitu:

  • November 2023 – RM200
  • Disember 2023 – RM200
  • Januari 2024 – RM200
  • Februari 2024 – RM200

Semakan Status Permohonan

Semakan status permohonan boleh dibuat di pautan Semakan Bantuan Musim Tengkujuh (BMT) – klik DI SINI

Bantuan RM800

Maklumat Lanjut

Berikut adalah merupakan maklumat lanjut berkaitan bantuan ini:

  • emel gm.getah@sabah.gov .my
  • Atau hubungi 08 8212311