Bantuan RM650 Sebulan Dikreditkan Ke Dalam Akaun Penerima

Bantuan RM650 Sebulan

Bantuan RM650 Sebulan Dikreditkan Ke Dalam Akaun Penerima

Melalui Belanjawan 2024, pihak kerajaan telah telah memperkenalkan pelbagai jenis bantuan bagi tujuan membantu rakyat yang memerlukan. Antara bantuan yang diteruskan adalah Sumbangan Tunai Rahmah (STR) untuk rakyat berpendapatan rendah (B40) dan sederhana (M40).

Dalam mendepani cabaran hidup ketika ini, pihak kerajaan telah menyalurkan bantuan ini. Dengan adanya penyasaran semula subsidi kerajaan, ianya sekaligus dapat membantu meningkatkan pemberian bantuan kepada seluruh rakyat Malaysia.

Bantuan RM650 Sebulan

Baca Juga:

Bantuan RM650 Sebulan Khas Melalui Program STR

Berikut adalah merupakan syarat kelayakan untuk penerima STR 2024:

1. Isi Rumah:

  • Kahwin; atau
  • Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda yang mempunyai anak yang layak; dan
  • Mempunyai Pendapatan Isi Rumah mestilah RM5,000 dan ke bawah.

2. Warga Emas Tiada Pasangan:

  • Bujang atau Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda tanpa anak yang layak; dan
  • Had umur 60 tahun ke atas; dan
  • Pendapatan tidak melebihi RM5,000.

3. Bujang:

  • Bujang atau Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda tanpa anak yang layak; dan
  • Had umur 21-59 tahun; dan
  • Merupakan seorang bujang OKU berumur 19 tahun ke atas; dan
  • Bukan pelajar IPTA/IPTS sepenuh masa; dan
  • Pendapatan tidak melebihi RM2,500.

Bayaran bagi Bantuan RM650 Fasa 3 ini adalah Ogos & September 2024

Terdapat dua kaedah pembayaran STR 2024 iaitu melalui kaedah kredit secara terus ke dalam akaun penerima dan secara tuntutan tunai di Bank Simpanan Nasional (BSN) yang berhampiran kawasan anda.

Pembayaran dibuat dalam empat fasa seperti berikut:

  • Fasa 1: Januari 2024
  • Fasa 2: April 2024
  • Fasa 3: Ogos & September 2024 (Sekarang)
  • Fasa 4: November 2024

Bagi Fasa 3, penerima sedia ada akan menerima bantuan mulai 29 Ogos hingga 6 September 2024, manakala penerima baharu rayuan akan dibayar mulai 18 hingga 20 September 2024.

Kadar STR Fasa 3:

Isi Rumah Pendapatan RM2,500 & ke bawah:

  • Bilangan anak 0: RM150
  • Bilangan anak 1 – 2: RM350
  • Bilangan anak 3 – 4: RM500
  • Bilangan anak 5 & ke atas: RM650

Isi Rumah Pendapatan RM2,501 – RM5,000:

  • Bilangan anak 0: RM150
  • Bilangan anak 1 – 2: RM200
  • Bilangan anak 3 – 4: RM250
  • Bilangan anak 5 & ke atas: RM300

Bujang Pendapatan RM2,500 & ke bawah:

  • STR Fasa 3: RM50

Warga Emas Tiada Pasangan Pendapatan RM5,000 & ke bawah:

  • STR Fasa 3: RM150

Semakan dan Permohonan Bantuan

Bagi yang telah membuat permohonan, semakan STR boleh dilaksanakan secara dalam talian di Portal Rasmi STR dengan langkah-langkah berikut:

  • Layari Portal Rasmi STR : https://bantuantunai.hasil.gov.my/
  • Klik log masuk MySTR
  • Masukkan Nombor MyKad Pemohon
  • Pengesahan Kata Kunci Keselamatan
  • Masukkan Kata Laluan
  • Klik Semakan Status
  • Maklumat yang akan dipaparkan termasuk status permohonan dan maklumat pembayaran (jika ada).

Bagi yang belum membuat permohonan, mereka masih boleh mengemukakan permohonan di portal yang sama.