Bantuan RM650 Dikreditkan Ke Dalam Akaun Penerima

Bantuan RM650

Bantuan RM650 Dikreditkan Ke Dalam Akaun Penerima

Belanjawan 2024 memperkenalkan pelbagai bantuan dan inisiatif oleh Kerajaan untuk membantu golongan yang memerlukan. Antara bantuan yang diteruskan adalah Sumbangan Tunai Rahmah (STR) untuk rakyat berpendapatan rendah (B40) dan sederhana (M40).

Join Channel Whatsapp iKerajaan

Bantuan ini bertujuan untuk membantu mereka yang layak dan memerlukan dalam menghadapi cabaran kos sara hidup. Melalui penyasaran semula subsidi, Kerajaan dapat meningkatkan pemberian tunai kepada rakyat.

Bantuan RM650

Baca Juga:

Bantuan RM650 Khas Melalui Program STR

Untuk tahun 2024, STR diberikan kepada mereka yang memenuhi syarat kelayakan berikut:

1. Isi Rumah

  • Kahwin; atau
  • Ibu/Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda yang mempunyai anak yang layak; dan
  • Pendapatan isi rumah RM5,000 dan ke bawah.

2. Warga Emas Tiada Pasangan

  • Bujang atau Ibu/Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda tanpa anak yang layak; dan
  • Had umur 60 tahun ke atas; dan
  • Pendapatan RM5,000 dan ke bawah.

3. Bujang

  • Bujang atau Ibu/Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda tanpa anak yang layak; dan
  • Had umur 21-59 tahun; dan
  • Bujang OKU berumur 19 tahun ke atas; dan
  • Bukan pelajar IPTA/IPTS sepenuh masa; dan
  • Pendapatan RM2,500 dan ke bawah.

Pembayaran Bantuan RM650 Fasa 3 akan dilaksanakan pada Ogos dan September 2024

Pembayaran STR 2024 dilaksanakan melalui dua kaedah utama: kredit terus ke akaun penerima atau tuntutan tunai di Bank Simpanan Nasional (BSN) terdekat.

Jadual Pembayaran:

  • Fasa 1: Januari 2024
  • Fasa 2: April 2024
  • Fasa 3: Ogos & September 2024 (Sekarang)
  • Fasa 4: November 2024

Untuk Fasa 3, penerima sedia ada akan menerima bantuan mulai 29 Ogos hingga 6 September 2024, manakala penerima baharu rayuan akan dibayar mulai 18 hingga 20 September 2024.

Kadar STR Fasa 3

Isi Rumah Pendapatan RM2,500 & ke bawah:

  • Bilangan anak 0: RM150
  • Bilangan anak 1-2: RM350
  • Bilangan anak 3-4: RM500
  • Bilangan anak 5 & ke atas: RM650

Isi Rumah Pendapatan RM2,501 – RM5,000:

  • Bilangan anak 0: RM150
  • Bilangan anak 1-2: RM200
  • Bilangan anak 3-4: RM250
  • Bilangan anak 5 & ke atas: RM300

Bujang Pendapatan RM2,500 & ke bawah:

  • STR Fasa 3: RM50

Warga Emas Tiada Pasangan Pendapatan RM5,000 & ke bawah:

  • STR Fasa 3: RM150

Semakan dan Permohonan Bantuan RM650 STR 2024

Bagi yang telah membuat permohonan, semakan boleh dilakukan secara dalam talian di Portal Rasmi STR:

  1. Layari https://bantuantunai.hasil.gov.my/
  2. Klik log masuk MySTR
  3. Masukkan Nombor MyKad Pemohon
  4. Pengesahan Kata Kunci Keselamatan
  5. Masukkan Kata Laluan
  6. Klik Semakan Status
  7. Maklumat yang akan dipaparkan:
  8. Status Permohonan
  9. Maklumat Pembayaran (Jika Ada)

Bagi yang belum membuat permohonan, mereka masih boleh mengemukakan permohonan di portal yang sama.