Bantuan RM650 Dikreditkan Ke Dalam Akaun Penerima Hari Ini

Bantuan RM650 Dikreditkan

Bantuan RM650 Dikreditkan Ke Dalam Akaun Penerima Hari Ini

Pihak kerajaan melalui belanjawan 2024 telah memberikan pelbagai inisiatif bantuan bagi golongan rakyat yang memerlukan. Bantuan seperti Sumbangan Tunai Rahmah (STR) diteruskan pelaksanaannya kepada rakyat dari kalangan berpendapatan rendah (B40) dan sederhana (M40).

Bantuan ini adalah usaha Kerajaan untuk membantu mereka yang benar-benar berkelayakan dan memerlukan dalam menghadapi cabaran kos sara hidup. Melalui bantuan ini, ianya akan dapat membantu rakyat yang kurang berkemampuan disebabkan oleh penyasaran semula subsidi.

Bantuan RM650 Dikreditkan

Baca Juga:

Bantuan RM650 Dikreditkan Khas Melalui Program STR

Syarat kelayakan bantuan adalah seperti yang berikut:

Isi Rumah:

  • Kahwin; atau
  • Individu penerima adalah merupakan seorang Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda yang mempunyai anak yang memenuhi syarat; dan
  • Pendapatan isi rumah individu pemohon adalah RM5,000 dan ke bawah.

Warga Emas Tiada Pasangan:

  • Individu penerima adalah merupakan seorang Bujang atau Ibu atau Bapa Tunggal / Janda / Duda atau Balu yang tidak mempunyai anak yang memenuhi syarat; dan
  • Individu pemohon mestilah berumur antara 60 tahun dan ke atas; dan
  • Warga emas tanpa pasangan mestilah berpendapatan RM5,000 dan ke bawah.

Bujang:

  • Individu pemohon mestilah seorang Bujang atau Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Duda / Janda yang tidak mempunyai anak yang memenuhi syarat; dan
  • Had umur adalah 21-59 tahun; dan
  • Individu pemohon Bujang Orang Kurang Upaya (OKU) mestilah berumur 19 tahun dan ke atas; dan
  • Individu pemohon bukan pelajar IPTA / IPTS sepenuh masa; dan
  • Pendapatan bujang adalah RM2,500 dan ke bawah.

Bayaran Bantuan bagi Fasa 3 Sebanyak RM650 dijangka akan bermula pada Ogos & September 2024

Pembayaran STR 2024 dilaksanakan melalui dua kaedah utama: kredit terus ke akaun penerima (seperti yang diberikan ketika permohonan) atau secara tuntutan tunai di cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN) terdekat.

Pembayaran dibuat dalam empat fasa seperti berikut:

  • Fasa 1: Januari 2024
  • Fasa 2: April 2024
  • Fasa 3: Ogos & September 2024 (sekarang)
  • Fasa 4: November 2024

Bagi bayaran STR Fasa 3, individu pemohon akan mula menerima bantuan bermula pada 29 Ogos 2024 hingga 6 September 2024. Untuk penerima rayuan, bantuan akan disalurkan bermula pada 18 0 20 September 2024.

Kadarnya STR Fasa adalah seperti berikut:

Isi Rumah Pendapatan RM2,500 & ke bawah:

  • Bilangan anak 0: RM150
  • Bilangan anak 1 – 2: RM350
  • Bilangan anak 3 – 4: RM500
  • Bilangan anak 5 & ke atas: RM650

Isi Rumah Pendapatan RM2,501 – RM5,000:

  • Bilangan anak 0: RM150
  • Bilangan anak 1 – 2: RM200
  • Bilangan anak 3 – 4: RM250
  • Bilangan anak 5 & ke atas: RM300

Bujang Pendapatan RM2,500 & ke bawah:

  • STR Fasa 3: RM50

Individu Warga Emas yang tidak mempunyai pasangan dan berpendapatan RM5,000 & ke bawah:

  • STR Fasa 3: RM150

Semakan dan Permohonan

Individu pemohon boleh melakukan semakan secara dalam talian (online) secara rasmi dengan langkah-langkah berikut:

  • Layari https://bantuantunai.hasil.gov.my/
  • Klik log masuk MySTR.
  • Masukkan Nombor MyKad Pemohon.
  • Pengesahan Kata Kunci Keselamatan.
  • Masukkan Kata Laluan.
  • Klik Semakan Status.
  • Maklumat yang akan dipaparkan:
  • Status Permohonan
  • Maklumat Pembayaran (jika ada)

Untuk para pemohon yang belum melakukan sebarang permohonan, anda boleh melakukan permohonan di portal rasmi yang sama.