Bantuan Rayuan STR Fasa 3 Dikreditkan Hari Ini
Bantuan Rayuan STR Fasa 3 Dikreditkan Hari Ini
Bantuan Rayuan STR (Sumbangan Tunai Rahmah) Fasa 3 adalah satu inisiatif penting bagi memastikan golongan yang terkesan atau tidak menerima bantuan dalam fasa sebelumnya boleh membuat rayuan untuk mendapatkan bantuan yang sewajarnya.
Artikel ini akan menerangkan tentang bantuan rayuan STR Fasa 3, termasuk cara memohon, syarat kelayakan, dan maklumat penting lain.
Apakah Bantuan Rayuan STR Fasa 3?
Bantuan Rayuan STR Fasa 3 merupakan satu peluang bagi individu atau isi rumah yang tidak tersenarai sebagai penerima dalam fasa pembayaran STR yang lepas untuk membuat rayuan. Ini bertujuan untuk memastikan bantuan kewangan dapat disalurkan kepada mereka yang benar-benar memerlukan dan layak tetapi mungkin terlepas dalam pemilihan awal.
Sumbangan Tunai Rahmah (STR) Fasa 3
Melalui satu kenyataan, pihak Kementerian Kewangan telah menyatakan bahawa bayaran STR Fasa 3 akan disalurkan secara berperingkat bermula 29 Ogos 2024 yang lalu.
Penerima akan menerima bayaran mengikut kriteria kelayakan masing-masing.
Untuk makluman, proses bayaran akan dikreditkan secara automatik. Untuk para penerima yang belum ataupun tidak mempunyai akaun bank, pengeluaran boleh dilakukan di cawangan BSN bermula pada 29 Ogos 2024.
Baca Juga:
- Jawatan Terkini Jabatan Perangkaan Malaysia : Gaji Bermula RM1,500 – RM2,000
- Semakan Status Lulus STR Fasa 4 2024
Cara Semak Status STR Fasa 3
Para penerima boleh melakukan semakan status permohonan STR melalui laman web https://bantuantunai.hasil.gov.my/.
Semakan boleh dilakukan dengan langkah-langkah berikut:
- Klik log masuk MySTR.
- Masukkan Nombor MyKad Pemohon.
- Lakukan pengesahan Kata Kunci Keselamatan.
- Masukkan Kata Laluan.
- Klik Semakan Status.
Maklumat yang akan dipaparkan termasuk:
- Status Permohonan
- Maklumat Pembayaran (Jika Ada)
Status permohonan anda akan dipaparkan seperti berikut jika permohonan anda tidak diluluskan:
Jumlah Bayaran STR Fasa 3
Berikut adalah jumlah bayaran STR Fasa 3 mengikut kategori seperti yang telah ditetapkan:
Rujuk jadual di bawah:
- Isi rumah (<RM2500): RM150 – RM650
- Isi rumah (RM2501-RM5000): RM150 – RM300
- Warga Emas (Tiada pasangan): RM150
- Bujang: RM50
Permohonan Rayuan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2024
Anda boleh mengemukakan permohonan rayuan jika status permohonan anda adalah TIDAK LULUS.
Para pemohon boleh melakukan permohonan rayuan secara dalam talian (online) atau melalui borang kertas di kaunter LHDNM.
Untuk membuat rayuan, sila kunjungi laman web rasmi Sumbangan Tunai Rahmah di pautan berikut: https://bantuantunai.hasil.gov.my/
Maklumat Lanjut
Segala maklumat yang dipaparkan di atas adalah berdasarkan portal rasmi MySTR LHDNM. Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan atau isu mengenai bantuan tersebut, sila rujuk kepada pihak berkuasa melalui:
- Talian Penting STR HASiL: 1-800-88-2747
- Talian Hotline STR Kementerian Kewangan: 03-8882 4565 / 03-8882 4566
- E-mel: [email protected]