Bantuan Lesen Memandu Percuma Tahun 2024

Bantuan Lesen Memandu Percuma

Bantuan Lesen Memandu Percuma 2024 – Berita baik buat semua rakyat Malaysia kerana Bantuan MyLesen B2 akan diteruskan oleh kerajaan Malaysia untuk membantu dan memberikan manfaat kepada rakyat Malaysia pada tahun depan 2024.

Untuk membantu keluarga yang kurang mampu, kerajaan telah mengambil langkah komited dan konsisten untuk menyediakan lesen percuma 2024, motosikal kelas B2. Inisiatif ini bertujuan untuk meningkatkan mobiliti dan peluang pekerjaan bagi golongan yang memerlukan.

Bantuan Lesen Memandu Percuma 2024

Untuk lesen motosikal kelas B2, e-hailing dan teksi, bayaran ujian memandu akan ditanggung oleh kerajaan. Ini adalah keputusan yang dibuat oleh kerajaan untuk membantu golongan yang terlibat dalam sektor perkhidmatan ini.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim memaklumkan, bantuan tersebut bakal dinikmati lebih 40,000 belia daripada keluarga kurang mampu.

Beliau berkata demikian ketika membentangkan Belanjawan 2024 di Dewan Negara baru-baru ini.

Bantuan Lesen Memandu Percuma

Baca Juga:

Topi Keledar Percuma

Untuk membantu keluarga yang memerlukan, sebanyak 100 ribu topi keledar, termasuk yang sesuai untuk kanak-kanak, akan disediakan secara percuma. Topi keledar ini akan diedarkan kepada mereka yang layak menerima bantuan ini.

Ini pastinya akan membantu untuk meringankan beban rakyat terutamanya mereka golongan susah.

Program MyLesen B2 Tahun 2023 Dilanjutkan Sehingga 2024

Program MyLesen B2 adalah sebuah program anjuran Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Malaysia bertujuan untuk membantu kumpulan B40 khususnya golongan belia yang terkesan akibat penularan pandemik Covid-19 untuk mendapatkan Lesen Memandu Malaysia Kelas B2.

Bantuan ini dapat membuka peluang untuk mempertingkatkan taraf sosioekonomi dan pendapatan isi rumah melalui peluang pekerjaan dalam sektor ekonomi gig.

Bantuan MyLesen B2

Pelancaran Program MyLesen B2 Peringkat Kebangsaan telah diadakan pada 30 Mei 2023 yang dilancarkan oleh YB Anthony Loke, Menteri Pengangkutan Malaysia.

Dengan jumlah 9,000 orang dari golongan B40 seluruh negara akan mendapat manfaat daripada program MyLesen B2.

Program Ditanggung Kerajaan

Program ini ditanggung sepenuhnya oleh pihak kerajaan termasuklah kos ujian dan latihan untuk mendapatkan Lesen Memandu Malaysia Kelas B2 (Motosikal tidak melebihi 250 c.c) bagi 9,000 peserta.

Syarat Permohonan Bantuan Lesen Percuma 2024

Syarat kelayakan permohonan seperti berikut:

  • Warganegara Malaysia
  • Berumur 16 tahun dan ke atas
  • Penerima bantuan (eKasih/Zakat/Baitulmak/JKM/JAKOA/LHDN)
  • Tanggungan kepada penerima bantuan juga kayak memohon
  • Sihat tubuh badan dan mental
  • Belum memiliki sebarang lesen memandu
  • Bebas senarai hitam JPJ, PDRM dan Mahkamah

Borang Permohonan MyLesen B2

Anda boleh rujuk laman media sosial JPJ negeri masing-masing untuk mendapatkan maklumat tentang kuota dan permohonan MyLesen B2 ini.

Anda boleh download borang permohonan DI SINI

Bantuan Lesen Memandu Percuma

Maklumat Lanjut Bantuan Lesen Memandu Percuma 2024

Sebarang maklumat atau aduan berkaitan boleh disalurkan melalui aplikasi e-Aduan@jpj atau kepada saluran Sistem Pengurusan Aduan Awam (SISPAA) beserta butiran pengadu dan butiran aduan.