Bantuan KWSP RM500 Secara “One-Off” Kini Dikreditkan!

Bantuan KWSP RM500

Bantuan KWSP RM500 – Dalam usaha membantu mereka yang memerlukan, pelbagai jenis bantuan kewangan telah diperkenalkan oleh pihak Kerajaan sama ada di peringkat Persekutuan atau Negeri.

Antaranya adalah melalui bantuan-bantuan yang diperkenalkan di bawah Belanjawan 2023 seperti mana dibentangkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada 24 Februari lalu.

Ia termasuklah bantuan berbentuk kewangan kepada para ahli Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP).

Bantuan KWSP RM500

Baca Juga:

Bantuan KWSP RM500

Semasa pembentangan Belanjawan 2023, pihak Kerajaan telah mengumumkan Bantuan RM500 kepada para pencarum KWSP yang layak.

Mereka yang layak menerima bantuan kewangan ini adalah para pencarum KWSP berumur antara 40 hingga 54 tahun yang mempunyai simpanan kurang daripada RM10,000.

Pelaksanaan program ini dijangka akan memberikan manfaat kepada hampir 2 juta ahli KWSP dan melibatkan peruntukan hampir RM1 billion.

“Kepada ahli yang berumur antara 40 hingga 54 tahun dengan simpanan KWSP kurang 10 ribu ringgit, Kerajaan bersetuju untuk menambah caruman simpanan KWSP Akaun 1 mereka sebanyak RM500,” kata Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika membentangkan Belanjawan 2023.

Cara Pelaksanaan

Dimaklumkan bahawa, bantuan ini tidak melibatkan sebarang permohonan dan akan dikreditkan secara automatik ke Akaun 1 KWSP ahli yang layak.

Tentang tarikh pelaksanaannya pula, ia masih belum diumumkan oleh pihak Kerajaan dan akan dikemaskini dari semasa ke semasa.

Untuk meneliti dengan lebih lengkap berkenaan Belanjawan 2023, ia boleh dirujuk di Portal Rasmi Kementerian Kewangan – DI SINI.

Maklumat Lanjut

Sebarang maklumat lanjut berkaitan FSA2 boleh diperolehi melalui saluran berikut: