Bantuan Kredit e-Tunai RM100 Mula Dikreditkan Hari Ini

Bantuan Kredit e-Tunai RM100

Bantuan Kredit e-Tunai RM100 – Baru-baru ini kerajaan mengumumkan bantuan e-Tunai RM100 kepada semua rakyat dewasa di negara ini yang berpendapatan tahunan RM100,000 ke bawah.

Pengumuman ini dibuat ketika Majlis Peluncuran Ekonomi MADANI : Memperkasa Rakyat di Suruhanjaya Sekuriti, Bukit Kiara pada 27 Julai 2023.

Bantuan Kredit e-Tunai RM100

Perdana Menteri menyatakan inisiatif ini membabitkan peruntukan sekitar RM1 bilion akan memanfaatkan lebih 10 juta rakyat berusia 21 tahun ke atas (dewasa), merangkumi golongan B40 dan M40.

Katanya, inisiatif e-Tunai RM100 kepada golongan dewasa itu diumumkan selepas kerajaan melihat kejayaan dan impak besar program e-tunai kepada masyarakat.

Apakah Bantuan Kredit e-Tunai RM100?

Bantuan eTunai RM100 adalah inisiatif terbaharu yang diumumkan Kerajaan Perpaduan untuk golongan B40 dan M40 yang berpendapatan RM100,000 ke bawah.

Sebelum ini kerajaan mengumumkan bantuan e-wallet, “e-Tunai Belia Rahmah” berjumlah RM200 untuk golongan belia dan mahasiswa bagi memupuk budaya pembayaran tanpa tunai dalam kalangan belia.

Bantuan ini tidak diberikan secara cash, namun diberikan secara kredit eWallet melalui beberapa penyedia perkhidmatan e-dompet terkemuka yang akan diumumkan kelak.

Kriteria Kelayakan Bantuan Kredit e-Tunai RM100

Buat masa ini syarat-syarat kelayakan adalah seperti berikut:

  1. Warganegara Malaysia; dan
  2. Berumur 21 tahun ke atas
  3. Berpendapatan RM100,000 ke bawah

Syarat-syarat lain akan dimaklumkan dari semasa ke semasa oleh Kementerian Kewangan Malaysia.

Baca Juga:

Jumlah Bantuan Kredit e-Tunai

Jumlah kredit bantuan sebagaimana yang diumumkan adalah RM100.

Bantuan yang diberikan bukanlah secara cash sebagaimana Sumbangan Tunai Rahmah, sebaliknya diberikan dalam bentuk kredit e-wallet seperti e-Tunai Belia Rahmah.

Tarikh Pelaksanan Bantuan e-Tunai RM100

Dalam satu hantaran di Facebook, Kementerian Kewangan memaklumkan, ia akan dilaksanakan pada suku keempat tahun ini.

Bantuan Kredit e-Tunai RM100

Apa maksud suku keempat?

Suku tahunan merupakan kuartal suku (seperempat) tahun iaitu jangka waktu tiga bulan;

  • Suku pertama – Januari hingga Mac
  • Suku kedua – April hingga Jun
  • Suku ketiga – Julai hingga September
  • Suku keempat – Oktober hingga Disember

Oleh yang demikian, berdasarkan pengumuman Kementerian Kewangan pelaksanan Suku Keempat ini, kita boleh jangkaan bayaran akan dibuat antara bulan Oktober hingga Disember.

Ini kerana Kementerian Kewangan perlu memperincikan inisiatif ini dengan pemegang taruh yang terlibat dalam inisiatif ini.

Bantuan Kredit e-Tunai RM100

Penyedia Perkhidmatan

Memandangkan bantuan e-Tunai RM100 ini akan dilaksanakan pada suku keempat tahun ini, tiada lagi pengumuman setakat ini manakah penyedia perkhidmatan yang akan melaksanakan program ini.

Namun begitu berdasarkan kepada Bantuan e-Tunai Belia Rahmah sebelum ini, tiga penyedia perkhidmatan e-dompet yang terlibat adalah;

  1. Boost,
  2. Setel dan
  3. Touch ‘n Go Wallet.

Namun begitu, beberapa penyedia perkhidmatan e-dompet yang lain seperti GrabPay, ShopeePay, BigPay mungkin juga terlibat sekiranya pengumuman rasmi diumumkan kelak selepas ini.

Cara Penebusan

Sekiranya dilaksanakan kelak, pengguna mungkin perlu download salah satu aplikasi syarikat penyedia perkhidmatan yang terlibat.

Untuk makluman, beberapa eWallet yang popular digunakan di Malaysia adalah sebagaimana berikut;