Bantuan Khas RM350 Untuk Golongan Bujang Sebelum Aidilfitri

Bantuan Khas RM350

Bantuan Khas RM350. Kerajaan Perpaduan menekankan pendekatan rahmah dalam membela nasib rakyat susah terutamanya golongan rentan dan mudah terjejas. Selaras dengan itu, Kerajaan telah memperkenalkan konsep Payung Rahmah sebagai induk kepada insitiatif-initiatif membantu golongan kurang berkemampuan dalam mendepani cabaran kos sara hidup.

Maka dengan itu, bantuan tunai untuk B40 di bawah Kementerian Kewangan telah dijenamakan semula kepada Sumbangan Tunai Rahmah (STR) dan kan terus di tambah baik.

Kategori Penerima Bantuan Sumbangan Tunai Rahmah

Berikut dikongsikan senarai penerima untuk pembayaran Sumbangan Tunai Rahmah:

Bantuan Khas RM350

Jumlah Bantuan STR Fasa 2

Mengenai jumlah pembayaran bantuan STR Fasa 2 pula, pembayaran terbahagi kepada beberapa kategori iaitu:

Bantuan Khas RM350

STR Fasa 2: Tarikh Bayaran Bantuan Tambahan RM350

Untuk pembayaran Sumbangan Tunai Rahmah Fasa 2, belum ada kenyataan rasmi dari pihak kerajaan Malaysia. Namun begitu, melalui belanjawan yang telah dibentangkan pada 24 Februari 2023, kerajaan telah melakukan beberapa pembaharuan bagi belanjawan 2023 dan dijangka pembayaran untuk Fasa 2 akan dikreditkan bermula April 2023.

Baca Juga:

Proses Pembayaran Bantuan Sumbangan Tunai Rahmah

  • Ada Akaun – Pengkreditan ke akaun secara berperingkat
  • Tiada Akauan – Penuanian di cawangan BSN

Semakan Status Bantuan Khas RM350

Semakan status STR Fasa 2 boleh dibuat menerusi laman web STR di https://bantuantunai.hasil.gov.my/

Sumbangan Tunai Rahmah Fasa 2

Dalam pembentangan Belanjawan 2023, Perdana Menteri telah mengumumkan bahawa isi rumah pendapatan kurang RM2,500 layak menerima sumbangan sehingga RM2,500 bergantung kepada bilangan anak

Kerajaan juga akan memberi sumbangan tambahan RM600 kepada isi rumah penerima Sumbangan Tunai Rahmah termiskin mengikut data e-Kasih

Sumbangan ini akan disalurkan dalam bentuk bakul makanan dan juga barangan makanan asas bernilai RM600

Ini bermakna keluarga dalam kumpulan miskin tegar layak menerima sumbangan sehingga maksimum RM3,100

Maklumat Lanjut Bantuan Khas RM350

Maklumat lanjut mengenai pembayaran Sumbangan Tunai Rahmah, sila layari laman web https://bantuantunai.hasil.gov.my/