Bantuan Khas Aidilfitri RM700 Untuk Semua Rakyat Malaysia

Bantuan Khas Aidilfitri

Bantuan khas Aidilfitri telah diumumkan dalam pembentangan Belanjawan 2023 oleh Perdana Menteri Malaysia iaitu Datuk Seri Anwar Ibrahim. Untuk makluman, dalam ucapan belanjawan pada 24 Februari 2023 pihak kerajaan telah memperkenalkan pelbagai inisiatif baru untuk rakyat.

BANTUAN KEWANGAN RM700 AIDILFITRI

Salah satu insentif yang telah diumumkan adalah bantuan khas aidilfitri yang ada dalam ikhtiar 12 (menyediakan keperluan asas berkualiti). Bantuan khas ini diumumkan adalah bagi menghargai rakyat Malaysia yang terdiri daripada sektor perkhidmatan awam.

Pemberian insentif khas ini adalah atas dasar keprihatinan kerajaan dan manfaat yang diterima boleh membantu persiapan untuk menyambut musim perayaan aidilfitri tahun ini.

KADAR BANTUAN KHAS KEWANGAN

Dibawah telah disediakan kadar jumlah bantuan yang akan diterima mengikut kategori bantuan khas kewangan sempena aidilfitri seperti berikut :

  • Bayaran bantuan bernilai RM700 untuk para penjawat awam Gred 56 dan kebawah termasuk lantikan kontrak
  • Bayaran bantuan bernilai RM350 untuk para pesara kerajaan.

JADUAL TARIKH BAYARAN BANTUAN KHAS KEWANGAN RM700

Untuk makluman, pembayaran bantuan khas kewangan ini akan disalurkan kepada penerima yang layak pada bulan April 2023 (dijangkakan sebelum raya aidilfitri). Maklumat terkini berkenaan bantuan khas ini akan dikemaskini dari semasa ke semasa.

Baca Juga:

BANTUAN-BANTUAN LAIN

Untuk pengetahuan umum, selain bantuan khas untuk penjawat awam ini terdapat bantuan lain yang telah diumumkan melalui Belanjawan 2023 untuk seluruh rakyat Malaysia seperti berikut :

  • Bantuan ujian lesen memandu motorsikal B2, lesen e-hailing, teksi dan bas
  • Bantuan kredit e-tunai belia rahmah berjumlah RM200 (individu berumur 18 hingga 20 tahun)
  • Dana bantuan pinjaman usahawan Mikro
  • Subsidi yuran taska bernilai RM180 sebulan
  • Bantuan tambahan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) RM600 berbentuk bakul makanan dan baucar makanan asas
  • Diskaun bayaran balik pinjaman PTPTN
  • Skim peduli kesihatan PEKA B40
  • Tambahan caruram simpanan KWSP akaun 1 sebanyak RM500

Untuk semakan maklumat penuh berkenaan pembentangan Belanjawan 2023, sila layari portal rasmi BELANJAWAN 2023 – DI SINI