Bantuan Kewangan Tambahan RM2700 “One-Off” Untuk Rakyat
Bantuan Kewangan Tambahan RM2700. Dalam usaha membantu mereka yang memerlukan, pelbagai jenis bantuan telah diperkenalkan oleh pihak Kerajaan sama ada di peringkat Persekutuan atau Negeri.
Salah satunya adalah Geran Pelancaran di bawah Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat.
Berikut adalah maklumat lanjut berkenaan bantuan kewangan ini: –
Bantuan Kewangan Tambahan RM2700
Geran Pelancarangan pada asasnya merupakan sebuah bantuan yang berobjektif untuk memperkesakan ekonomi kumpulan sasar JKM yang produktif, mempunyai minat, kemahiran dan potensi untuk menjana pendapatan individu/ keluarga.
Ia juga bertujuan untuk mewujudkan program pembangunan dan pengintergrasian bagi membantu klien mencapai matlamat ke arah berdikari.
Kadar bantuan ini adalah sebanyak RM2,700 secara sekaligus (one-off) kepada mereka yang layak dan diluluskan permohonannya.
Baca Juga:
- Permohonan Rayuan STR Tahun 2023 Dibuka Mulai Hari Ini
- Bantuan Tambahan Khas RM150 Untuk Bujang Seluruh Malaysia
- Cara Buka Akaun ASNB Online & Cara Tambah Duit ASB Online
Syarat-syarat Kelayakan
- Warganegara dan bermastautin di Malaysia;
- Kumpulan sasar JKM;
- Tidak melebihi Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) Purata Miskin Isi Rumah semasa atau PGK Purata Miskin Per Kapita Semasa.
Cara Memohon Bantuan Kewangan Tambahan RM2700
Oleh kerana bantuan ini diberikan khas kepada kumpulan sasar JKM, maka ia hanya akan layak diterima oleh penerima bantuan bulanan JKM sedia ada sahaja.
Makanya, kepada mereka yang ingin membuat permohonan Geran Pelancaran – mereka perlu mengemukakan permohonan bantuan bulanan JKM terlebih dahulu.
Sekiranya layak dan diluluskan, permohonan Geran Pelancaran boleh dikemukakan selepas itu, serta akan melalui penilaian lanjut pihak JKM.
Permohonan bantuan-bantuan JKM boleh dikemukakan melalui Pejabat Kebajikan Masyarakat terdekat.
Maklumat lengkap berkenaan Geran Pelancaran boleh dirujuk di Portal Rasmi JKM – DI SINI.