Bantuan Kewangan RM900 Bakal Dikreditkan Kepada Rakyat
Bantuan Kewangan RM900 – Setelah selesainya pembayaran STR Fasa 3 pada bulan Jun lalu, seterusnya pembayaran STR Fasa 4 pula akan dikreditkan.
STR Fasa 4 adalah bantuan terakhir bagi Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2023.
SUMBANGAN TUNAI RAHMAH (STR)
Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2023 telah dilancarkan oleh kerajaan MADANI. Bantuan ini adalah sehingga RM 2,500 belum termasuk dengan bantuan tambahan bagi isi rumah yang layak.
Pembayaran bantuan ini sudah tentu serba sedikit meringankan beban rakyat lebih-lebih lagi yang sedang dalam kegawatan ekonomi.
Baca Juga:
- Cara Tebus RM400 Kredit Shopee Untuk Rakyat Malaysia
- Bayaran Tambahan STR Fasa 3 RM600 Mula Dikreditkan Hari Ini
STR FASA 4 (BANTUAN KEWANGAN RM900)
Sumbangan Tunai Rahmah (STR) Fasa 4 merupakan bayaran terakhir untuk STR bagi tahun 2023 ini.
Fasa 1 adalah pada bulan Januari kemudian Fasa 2 pada bulan April bersamaan dengan beberapa hari sebelum Hari Raya Aidilfitri dan kini Fasa 3 pada bulan Jun lepas.
TARIKH BAYARAN
Pembayan bagi fasa terakhir ini dijangkakan bakal diberikan pada bulan
- November 2023
Tetapi, belum ada tarikh khusus yang dikeluarkan oleh kerajaan. Perkara ini hanya berpandukan dengan jadual yang dikeluarkan oleh pihak kewangan.
JUMLAH BANTUAN STR FASA 4
Seperti yang anda baca pada pendahuluan di atas, maksimum bayaran STR Fasa 4 untuk PENERIMA LAMA adalah RM 1,200. Sila semak kategori anda di bawah.
KATEGORI ISI RUMAH RM 0 – RM 2,500 (B40 & MISKIN TEGAR)
- Tiada anak : RM 200
- 1-2 anak : RM 600
- 3-4 anak : RM 900
- 5 dan ke atas anak : RM 1,200
KATEGORI ISI RUMAH RM 2,501 – RM 5,000 (M40)
- Tiada anak : Tiada bayaran
- 1-2 anak : Tiada bayaran
- 3-4 anak : RM 300
- 5 dan ke atas anak : RM 500
WARGA EMAS SEBATANG KARA (60 TAHUN DAN KE ATAS)
- Menerima bayaran RM 200
BUJANG DAN BUJANG OKU
Tiada bayaran, pembayaran STR sudah selesai pada Fasa 3
MAKLUMAT LANJUT BANTUAN KEWANGAN RM900
Sekiranya terlupa kata laluan dan gagal menjawab soalan keselamatan (percubaan sebanyak 3 kali diberikan), ID MySTR akan disekat dan dibenarkan untuk mencuba semula selepas 24 jam.
Sebarang bantuan lanjut, boleh hubungi LHDNM berhampiran atau talian Hotline BKK LHDNM 1-800-88-2747.
Atau anda boleh layari Portal Rasmi : https://bantuantunai.hasil.gov.my/