Bantuan Kewangan RM700 Dikreditkan Bermula Esok
Bantuan Kewangan RM700. Bayaran Bantuan Khas Kewangan Aidilfitri (BKKA) telah diawalkan mulai 14 April ini, kenyataan tersebut telah diumumkan oleh pihak kerajaan baru-baru ini.
Untuk makluman, pada pembentangan Belanjawan 2023 Februari lalu Perdana Menteri telah mengumumkan bahawa bantuan kewangan khas aidilfitri (BKKA) akan dibayar pada bulan April.
BAYARAN BANTUAN KEWANGAN RM700 SEBELUM RAYA
Untuk sedia maklum, pada hari ini Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam iaitu Datuk Dr Zulkapli Mohamed telah menyatakan melalui surat rasmi.
Dalam isi kandungan tersebut dimaklumkan bahawa kerajaan bersetuju untuk mempercepatkan bayaran bantuan BKKA mulai 14 April berbading kenyataan sebelum ini 17 April.
Atas dasar keprihatinan kerajaan tarikh bayaran bantuan khas kewangan aidilfitri telah diawalkan bagi membantu rakyat membuat persiapan menjelang hari raya tidak lama lagi.
Ini bermaksud bayaran inisiatif bantuan khas ini akan mula dikreditkan pada hari jumaat ini.
Baca Juga:
SENARAI PENERIMA BANTUAN KEWANGAN RM700
Untuk makluman kepada yang terlepas pandang, penberian (bonus) bantuan khas aidilfitri ini akan diberikan kepada seluruh rakyat Malaysia.
Yang mana ianya terdiri daripada golongan penjawat awam gred 56 dan ke bawah.
Serta, pesara kerajaan turut akan menerima insentif sempena hari raya aidilfitri tahun ini.
KADAR BAYARAN BKKA
Kadar bayaran bantuan khas kewangan aidilfitri (BKKA) telah dimaklumakan. Pembayaran akan dikreditkan mulai 14 April ini dan kadar bayaran adalah seperti berikut :
- Golongan penjawat awam gred 56 ke bawah : RM700 seorang
- Pesara kerajaan : RM350 seorang
Nota : Pengagihan pemberian bantuan kewangan aidilfitri ini akan diberikan secara berperingkat secara kredit terus ke dalam akaun penerima.
Selain daripada golongan penjawat awam, bantuan aidilfitri ini juga diberikan kepada golongan pesawah, nelayan dan penoreh getah. Kadar diberikan adalah sebanyak RM200, kenyataan tersebut telah diumumkan dalam sidang BELANJAWAN 2023
TUJUAN BANTUAN
BKKA adalah bantuan hari raya bagi menghargai jasa dan pengorbanan penjawat awam dalam menyampaikan perkhidmatan kepada Keluarga Malaysia
MAKLUMAT LANJUT
Sebarang persoalan boleh diajukan kepada maklumat berikut:
Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia
Aras 1, 2 & 4 -13, Blok F1, Kompleks F,
No.2, Lebuh Perdana Timur A, Presint 1,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62000 Putrajaya, Malaysia.
Telefon: +603 8091 9000
SOALAN LAZIM
Untuk mengetahui maklumat lanjut dan soalan lazim berkaitan bantuan ini, boleh rujuk DI SINI