Bantuan Kewangan RM250 Untuk Satu Keluarga Bermula Mei Ini

Bantuan Kewangan

Bantuan Kewangan. Bermula tahun 2023 ini, pelbagai jenis bantuan kewangan disalurkan melalui Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri untuk membantu rakyat.

Melalui Kerajaan Persekutuan salah satunya adalah bantuan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) yang disalurkan kepada isi rumah dan individu yang layak mengikut kelayakan.

SUMBANGAN TUNAI RAHMAH FASA 3

Pembayaran STR 2023 akan kembali diteruskan pada bayaran Fasa 3.

Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2023 merupakan salah satu usaha kerajaan untuk membantu rakyat dari segi kos sara hidup dan pembelian barangan asas.

STR 2023 dibayar melalui 4 fasa dan kini hanya berbaki 2 fasa bayaran sahaja lagi.

Baca Juga:

JUMLAH BANTUAN

Pembayaran STR Fasa 3 adalah maksimum RM 800 berbanding RM 200 bagi STR Fasa 2 lepas.

Kategori Isi Rumah RM 0 – RM 2,500

  • Tiada anak – RM 300
  • 1 Hingga 2 – RM 400
  • 3 hingga 4 – RM 600
  • 5 dan ke atas – RM 800

Kategori Isi Rumah RM 2,501 – RM 5,000

  • Tiada anak – Tiada bayaran
  • 1 hingga 2 – RM 150
  • 3 hingga 4 – RM 200
  • 5 dan ke atas – RM 250

Bujang, Bujang OKU dan Warga Emas

  • RM 100 seorang

PENERIMA BAYARAN BANTUAN KEWANGAN STR

Semua penerima STR 2023 layak terima STR Fasa 3 kecuali Kategori Isi Rumah Berpendapatan RM 2,501 hingga RM 5,000 yang TIADA ANAK sahaja yang tidak terima STR Fasa 3.

Selain itu, bayaran turut dikreditkan kepada setiap pemohon yang lulus membuat permohonan pada Mac lalu.

Bermula Fasa 3, jumlah bantuan yang masuk adalah mengikut kemas kini yang dilakukan oleh setiap penerima (sekiranya ada).

TARIKH BAYARAN

Pembayaran STR Fasa 3 dijangkakan bakal dikreditkan pada bulan Julai 2023 ini.

Tetapi, mengenai tarikh rasmi bayaran pula belum diumumkan setakat ini.

SEMAKAN STATUS BANTUAN KEWANGAN STR FASA 3

Semakan status STR boleh dibuat menerusi laman web STR di https://bantuantunai.hasil.gov.my/