Bantuan Kewangan Prihatin RM200 Sebulan Untuk Rakyat Malaysia Tahun 2022
Tahukah anda, pihak kerajaan Malaysia sangat mengambil berat tentang segala permasalahan yang dilalui oleh majoriti golongan rakyat Malaysia pada masa kini dan telah menyediakan pelbagai bantuan yang telah disediakan oleh pihak kerajaan. Bantuan ini adalah bertujuan untuk membantu meringankan beban yang sedang dihadapi oleh rakyat Malaysia lebih-lebih lagi ketika berlaku penularan wabak pandemik Covid-19.
Oleh sebab itu, pihak JKM dengan kerjasama pihak kerajaan telah menyediakan sebuah bantuan dalam latihan perantis yang bertujuan untuk memberi kan kemudahan kepada anak-anak untuk menerima bantuan JKM bagi mendapatkan latihan kemahiran ataupun latihan sambil bekerja.
Bantuan kewangan ini telah diperkenalkan oleh pihak JKM bagi tujuan untuk membantu meringankan beban kehidupan seharian majoriti golongan b40 yang kehilangan sumber pendapatan akibat daripada penularan wabak pandemik Covid-19.
Jumlah Bantuan Disalurkan
Untuk makluman, jumlah bantuan kewangan yang akan disalurkan kepada golongan b40 yang layak ialah:
- RM200 Sebulan.
Tujuan Bantuan Disalurkan
Berikut adalah merupakan tujuan utama latihan perantisan JKM ini disalurkan kepada golongan b40:
- Membantu klien jabatan ataupun anak-anak yang merupakan penerima bantuan tercicir daripada pendidikan.
- Bekas pelatih di institusi kebajikan untuk mendapatkan latihan kemahiran.
Syarat Kelayakan Permohonan
Antara syarat kelayakan permohonan yang perlu anda ketahui sebelum melakukan sebarang permohonan ialah:
- Merupakan seorang warganegara Malaysia.
- Anak-anak yang menerima bantuan dari institusi kebajikan.
- Bekas pelatih perintah khidmat Malaysia ataupun;
- Mana-mana kes bekeperluan yang layak untuk dipertimbangkan dengan mempunyai kelulusan daripada KPKM.
Cara Permohonan
Sebelum anda melaukan sebarang permohonan, berikut adalah merupakan dokumen yang perlu anda sediakan bagi tujuan memudahkan segala urusan permohonan:
- Salinan kad pengenalan pemohon
- Salinan kad pengenalan suami / isteri / anak yang tinggal bersama.
- Salinan sijil kelahiran anak-anak serta ahli keluarga yang tinggal bersama.
- Salinan penyata gaji (sekiranya ada)
- Dokumen lain yang dirasa diperlukan.
Berikut adalah merupakan borang permohonan yang perlu anda lengkapkan dan kemudian hantar ke pejabat JKM yang berhampiran dengan kawasan anda: