Bantuan E-Wallet 2024 RM300 Mula Dikreditkan Hari Ini
Bantuan E-Wallet 2024 RM300 adalah merupakan sebuah Bantuan Kehidupan Sejahtera Selangor (BINGKAS) yang dilaksanakan bagi tujuan meringankan beban kewangan hidup rakyat Malaysia.
Bantuan E-Wallet RM300 2024 ini adalah bantuan untuk membantu golongan keluarga untuk membeli barangan keperluan asas.
Berikut iKerajaan kongsikan cara mudah untuk melakukan permohonan bantuan E-Wallet RM300 ini.
Bantuan E-Wallet RM300 2024
Berikut adalah merupakan beberapa kelebihan bantuan E-Wallet RM300 untuk rakyat:
- E-Wallet boleh digunakan di semua kedai dan pasaraya yang berdaftar.
- Segala urusniaga akan dilaksanakan tanpa tunai (cash)
- Had bulanan bagi pembelian barangan keperluan asas adalah sebanyak RM300
- Baki nilai bantuan bagi bulan terdahulu tidak dapat di bawa ke bulan hadapan.
- Bantuan E-Wallet (BINGKAS) bakal ditambah nilai sehingga RM300 setiap bulan secara automatik.
Baca Juga:
- Jawatan Kosong Terkini PERKESO 2024 – Ambilan Terbuka Mei
- STR Tambahan Fasa 2 : Tarikh & Jumlah Bayaran Dikreditkan
Syarat Kelayakan Bantuan E-Wallet 2024
Berikut adalah merupakan syarat kelayakan yang telah ditetapkan:
- Merupakan seorang Warganegara Malaysia
- Pemohon mestilah lahir di negeri Selangor ataupun menetap di negeri Selangor melebihi dari tempoh 10 tahun.
- Merupakan seorang pemilih yang berdaftar di negeri Selangor
- Mestilah keluarga yang mempunyai tanggungan yang berusia 18 tahun ke bawah.
- Jumlah pendapatan isi rumah di bawah RM3,000 sebulan.
Kini anda boleh melakukan pendaftaran BINGKAS secara online sahaja melalui https://bingkasselangor.com/log-masuk
Dokumen Sokongan Permohonan
Semua pemohon perlu menyediakan segala dokumen-dokumen sokongan dengan lengkap seperti yang berikut:
- Salinan Kad Pengenalan (Pemohon dan Pasangan)
- Salinan Kad Pengenalan, MyKid ataupun Surat Kelahiran/Sijil Anak Angkat/Kad OKU/Pengesahan Melanjutkan Pelajaran daripada IPTA atau IPTS (Anak/Tanggungan)
- Salinan Penyata EA atau KWSP (Bagi para pekerja swasta)
- Salinan Sijil Kematian/Penceraian/Laporan Polis (Bagi Ibu/Bapa Tunggal)
- Salinan Slip Gaji/Pencen Terkini (Untuk para penjawat awam/golongan pesara)
- Pengesahan Penyata Pendapatan daripada Ketua Komuniti seperti ADUN/Ahli Majlis/Penghulu/Ketua Kampung (bagi mereka yang bekerja sendiri/tidak bekerja)
Maklumat Lanjut
Untuk mengetahui maklumat lebih lanjut berkaitan bantuan ini, anda boleh layari https://bingkasselangor.com/manfaat