Bantuan E-Tunai RM100 : Cara Mohon & Syarat Kelayakan

Bantuan E-Tunai RM100

Bantuan E-Tunai RM100. Baru-baru ini kerajaan mengumumkan bantuan e-Tunai RM100 kepada semua rakyat dewasa di negara ini yang berpendapatan tahunan RM100,000 ke bawah.

Pengumuman ini dibuat ketika Majlis Peluncuran Ekonomi MADANI : Memperkasa Rakyat di Suruhanjaya Sekuriti, Bukit Kiara pada 27 Julai 2023.




Perdana Menteri menyatakan inisiatif ini membabitkan peruntukan sekitar RM1 bilion akan memanfaatkan lebih 10 juta rakyat berusia 21 tahun ke atas (dewasa), merangkumi golongan B40 dan M40.

Bantuan E-Tunai RM100

Bantuan eTunai RM100 adalah inisiatif terbaharu yang diumumkan Kerajaan Perpaduan untuk golongan B40 dan M40 yang berpendapatan RM100,000 ke bawah.



Sebelum ini kerajaan mengumumkan bantuan e-wallet, “e-Tunai Belia Rahmah” berjumlah RM200 untuk golongan belia dan mahasiswa bagi memupuk budaya pembayaran tanpa tunai dalam kalangan belia.

Datuk Seri Anwar Ibrahim telah mengumumkan bahawa Kerajaan akan menawarkan kredit e-tunai RM100 kepada semua rakyat dewasa di negara ini yang berpendapatan tahunan RM100,000 dan ke bawah.

Bantuan E-Tunai RM100

Katanya, inisiatif e-tunai kepada golongan dewasa itu diumumkan selepas kerajaan melihat kejayaan dan impak besar program e-tunai kepada masyarakat.

“Melihat akan kejayaan dan impak besar program e-tunai kepada masyarakat, Kerajaan bersetuju untuk menawarkan kredit e-tunai sebanyak RM100 kepada semua rakyat dewasa Malaysia yang berpendapatan RM100,000 setahun dan ke bawah.

“Bilangan penerima yang layak dianggar melebihi 10 juta rakyat iaitu merangkumi golongan B40 dan M40 dengan dana sekitar RM1 bilion,” katanya ketika berucap dalam Majlis Peluncuran Ekonomi MADANI: Memperkasa Rakyat di sini, hari ini.

Bantuan E-Tunai RM100

Baca Juga:

Tarikh Penebusan Bantuan e-Tunai RM100




Kredit e-Tunai RM100 akan dilakukan pada suku keempat tahun ini – Kementerian Kewangan

Apkah maksud suku keempat?

Suku tahunan meruapakan kuartal suku (seperempat) tahun iaitu jangka waktu tiga bulan:

  • Suku Pertama – Januari hingga Mac
  • Suku Kedua – April hingga Jun
  • Suku Ketiga – Julai hingga September
  • Suku Keempat – Oktober hingga Disember

Maka dengan itu, berdasarkan pengumuman Kementerian Kewangan mengenai pelaksanaan program ini pada suku keempat, kita sudah boleh jangka bayaran akan dibuat antara bulan Oktober hingga Disember

Info akan dikemaskini dari semasa ke semasa.

Bantuan E-Tunai RM100

Manfaat Bantuan e-Tunai RM100

Bantuan e-Tunai RM100 memberikan peluang kepada golongan B40 dan M40 untuk membiasakan diri dengan penggunaan e-wallet dan ekonomi digital. Selain itu, program ini juga dapat membantu rakyat mengurangkan penggunaan wang tunai dan mempromosikan pembayaran tanpa sentuhan.

Melalui program ini, rakyat juga dapat membeli barangan atau perkhidmatan secara dalam talian dengan lebih mudah dan cepat. Ini dapat membantu meningkatkan daya saing belia dalam era ekonomi digital.

Bantuan Khas Penghargaan

Dalam perkembangan yang sama, pihak Kerajaan turut bersetuju memberi Bantuan Khas Perkembangan sebanyak RM300 kepada para penjawat awam gred 56 ke bawah termasuk lantikan kontrak dan RM200 kepada pesara kerajaan.

Bantuan berkenaan dijangka akan memanfaatkan 1.3 juta penjawat awam dan lebih sejuta pesara.

Ia akan dibayar dalam tempoh 2 minggu dari sekarang secara kredit terus ke akaun setiap penerima.

Maklumat Lanjut

Sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut mengenai bantuan ini, boleh rujuk melalui laman web Manfaat atau Facebook rasmi Kementerian Kewangan