Bantuan e-Dompet RM200 Dibayar Bulan Ini
Bantuan e-Dompet RM200 dibayar bulan ini. Dalam usaha memberikan bantuan kepada mereka yang memerlukan, pihak kerajaan sama ada di peringkat Persekutuan atau Negeri telah memperkenalkan pelbagai jenis bantuan kewangan yang luar biasa.
Bantuan e-Dompet RM200 Dibayar Bulan Ini
Untuk makluman, salah satunya adalah bantuan e-Dompet yang diumumkan dalam Belanjawan 2023 oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim di Dewan Rakyat pada bulan Februari yang lalu.
Ini adalah maklumat terperinci yang anda boleh rujuk mengenai bantuan ini.
Bantuan e-Dompet
Ketika menyampaikan Belanjawan 2023, Perdana Menteri telah memperkenalkan inisiatif yang hebat yang dikenali sebagai E-Tunai Belia Rahmah.
Bantuan ini pada dasarnya melibatkan penyaluran e-Tunai sebanyak RM200 sebagai satu kali bantuan kepada setiap individu yang layak, dengan peruntukan sebanyak RM400 juta.
Baca Juga:
- Perdana Menteri Umum Tarikh Pembayaran STR Fasa 3 Diawalkan
- Aplikasi WhatsApp Tidak Lagi Dapat Digunakan Di Malaysia
Penerima e-Dompet
Menurut laporan Utusan Malaysia, pihak Kementerian Kewangan telah bersetuju untuk meluaskan bantuan ini kepada semua mahasiswa yang memenuhi syarat tanpa batasan usia 18 hingga 20 tahun seperti yang diumumkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim semasa program Sesi Dialog Bersama Majlis Perwakilan Pelajar Universiti Teknologi Mara (UiTM) pada 7 April yang lalu.
Kementerian Kewangan bekerjasama dengan kemeterian yang terlibat sedang dalam proses menyelesaikan penyediaan perkhidmatan e-Dompet untuk pembangunan sistem data program ini, termasuk keperluan pengajian.
Tarikh Pembayaran
Pelaksanaan inisitif ini akan bermula pada bulan Jun 2023, dengan harapan dapat membantu meringankan beban dan kos sara hidup yang semakin meningkat di kampus-kampus.
Mengenai cara penebusan atau kredit, kemungkinan besar akan dilakukan melalui platform-platform e-Tunai seperti TNG e-Wallet, Grab, Boost dan lain-lain. Namun, maklumat lanjut akan diumumkan dari semasa ke semasa oleh pihak yang berkenaan.
Setiap tahun, kerajaan Malaysia terus berusaha untuk memberikan bantuan yang lebih baik kepada rakyatnya yang memerlukan Bantuan e-Dompet RM200.
Dalam usaha untuk memastikan kesejahteraan dan keadilan sosial, bantuan kewangan telah menjadi salah satu alat penting yang digunakan oleh kerajaan.
Hal ini adalah bertujuan untuk memperbaiki taraf hidup rakyat yang kurang berkemampuan.
Maklumat Lanjut
Selain daripada bantuan e-dompet ini, terdapat pelbagai jenis bantuan yang telah dilaksanakan pada tahun ini. Sila layari laman rasmi Bajet 2023 – DI SINI