Bantuan Barangan Dapur RM100 Sebulan Selama 3 Bulan

Program Prihatin Kasih merupakan sebuah inisiatif di bawah Program Strategik Memperkasa Rakyat dan Ekonomi (PEMERKASA) yang dilaksanakan oleh Yayasan MyKasih dengan sokongan Yayasan Hasanah.

 

Program ini adalah bertujuan untuk mengurangkan kos sara hidup golongan miskin yang terjejas akibat daripada Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan wabak pandemik Covid-19.

 

Untuk makluman, melalui program ini pihak kerajaan telah memperuntukkan sebanyak RM100 juta untuk melaksanakan program ini yang dijangka akan memberikan manfaat kepada lebih 300,000 isi rumah di bandar-bandar utama seluruh negara.

 

 

PROGRAM PRIHATIN KASIH

 

Program Prihatin Kasih adalah merupakan bantuan yang akan disalurkan kepada golongan isi rumah miskin bandar dengan kaedah pembayaran tanpa tunai melalui MyKad.

 

Untuk pengetahuan anda, para penerima yang layak akan menerima bantuan sebanyak RM100 selama tempoh 3 bulan yang akan dikreditkan secara terus ke dalam akaun MyKad para penerima. Bantuan ini boleh digunakan untuk membeli barangan keperluan seperti makanan tin, susu bayi, beras, minyak masak dan lain-lain barangan keperluan harian yang dirasakan perlu.

 

LOKASI PEMBELIAN

 

Para penerima bantuan ini boleh membeli barangan keperluan mereka di 300 rantaian pasar raya dan kedai di seluruh negara seperti berikut:

  • Giant
  • Mydin
  • The Store
  • Econsave
  • Pacific
  • Milimewa
  • 99 Speedmart
  • Lotus Stores (Tesco)
  • Dan kedai-kedai runcit lain yang terpilih

 

BULAN PELAKSANAAN

  • Julai – September 2021 : Selangor & Kuala Lumpur
  • Ogos – Oktober 2021 : Kelantan, Johor, Pulau Pinang, Kedah, Perlis, Perak, Melaka & Terengganu
  • September – November 2021 / Oktober – Disember 2021 : Negeri Sembilan, Labuan, Pahang, Putrajaya, Sabah & Sarawak

 

SEMAKAN KELAYAKAN

  • Sila buka laman web MyKasih – klik DI SINI
  • Sila masukkan nombor kad pengenalan dan captcha
  • Tekan butang “Semak Status”
  • Keputusan kelayakan akan dipaparkan
  • Penerima yang layak akan menerima SMS daripada MyKasih untuk mengesahkan status mereka.
  • Penerima yang layak perlu menghadiri taklimat orentasi di kedai runcit yang terlibat mengikut tarikh dan masa yang ditetapkan.

 

MAKLUMAT LANJUT

 

Sebarang permasalahan dan pertanyaan berkaitan Program Prihatin Kasih, anda boleh klik DI SINI