Bantuan Barang Dapur 2024 : Tarikh Bayaran & Semakan Status
Bantuan barang dapur 2024 telah mula dikreditkan pada januari 2024. Sumbangan Asas Rahmah 2024 (STR 2024) adalah satu program bantuan tambahan yang menyediakan barangan dapur kepada penerimanya.
Program ini bertujuan untuk meringankan beban perbelanjaan isi rumah yang layak mendapat STR 2024.
iKerajaan kongsikan maklumat terkini bantuan barangan dapur RM1200 2024.
Bantuan Barangan Dapur 2024 RM1200
Untuk kategori isi rumah, bantuan barang dapur sebanyak RM1200 akan diberikan secara ansuran bulanan sebanyak RM100. Bagi kategori bujang, mereka akan menerima bantuan bulanan sebanyak RM50.
Bantuan barangan dapur dikreditkan ke mykad penerima STR 2024.
Baca Juga:
- Jawatan Kosong : Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) 2024
- Bantuan RM1,200 Dalam MyKad Mula Dikreditkan Hari Ini
Syarat Kelayakan
Syarat kelayakan bantuan barangan dapur ialah:
- Penerima STR di bawah ekasih
- Penerima STR bukan miskin terima RM300
- Bujang dan warga emas terima RM150
Cara Mohon Bantuan Barang Dapur 2024
Untuk makluman, bagi bantuan ini anda tidak perlu untuk mohon. Bantuan ini akan diberikan secara automatik ke Mykad penerima sekiranya anda lepas syarat dan penerima STR 2024.
Tarikh Bayaran Bantuan Barang Dapur 2024
Bayaran bagi semenanjung Malaysia bermula 22 Januari 2024. Bagi Sabah, Sarawak dan Wilayah Persekutuan Labuan bermula 19 Februari 2024 ini.
Semak Status Bayaran MySARA 2024
Cara semak status bayaran SARA 2024 ialah:
- Layari laman web rasmi MyKasih di https://mykasih.com.my/
- Tekan ikon Semak Status
- Masukkan nombor kad pengenalan anda
- Tekan ikon Semakan Status
- Maklumat status bayaran SARA 2024 akan dipaparkan