Bantuan Am Kerajaan RM350 Dikreditkan Setiap Bulan

Bantuan Am Kerajaan RM350 Dikreditkan Setiap Bulan. Kini Belanjawan 2023, Malaysia Madani adalah berlandaskan enam perkara: kemampanan, kesejahteraan, daya cipta, hormat, keyakinan dan ihsan.

Dengan itu, Tema Membangun Malaysia MADANI, Belanjawan 2023 akan memastikan langkah yang lebih mampan dan terangkum berpaksikan keadilan sosial di samping menggerakan usaha reformasi pentadbiran dan tatakelola baik.

Bantuan AM Kerajaan RM350

Bantuan Am Persekutuan ini diberikan kepada individu/keluarga kurang berkemampuan dan berkeperluan untuk meneruskan kelangsungan dan kesejahteraan kehidupan dalam komuniti

Kadar bayaran Bantuan Am Persekutuan: Minimum sebanyak RM100 sebulan seorang dan maksimum sebanyak RM350 sekeluarga

Baca Juga:

Syarat Kelayakan

  • Warganegara dan bermastautin di Wilayah Persekutuan
  • Pendapatan isi rumah tidak melebihi:
  • Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) purata miskin isi rumah semasa; atau
  • PGK purata miskin Per Kapita Semasa
  • Golongan yang memerlukan dan keluarga miskin yang tidak diliputi di bawah mana-mana skim bantuan bulanan JKM lain

Cara Memohon

Kepada yang menepati syarat-syarat kelayakan yang ditetapkan, permohonan bantuan am ini boleh dikemukakan melalui Pejabat Kebajikan Masyarakat (di Wilayah Persekutuan) terdekat.

Bagi memudahkan urusan permohonan, pemohon hendaklah membawa dokumen-dokumen berikut ketika mengemukakan permohonan:

  • Salinan Kad Pengenalan diri pemohon;
  • Salinan Kad Pengenalan suami / isteri / ibu / bapa / anak yang tinggal bersama;
  • Salinan sijil kelahiran anak-anak / ahli keluarga yang tinggal bersama;
  • Salinan penyata gaji (jika ada);
  • Lain-lain dokumen yang berkaitan.

Untuk pertanyaan lanjut, sila hubungi pihak:

  • Pejabat Kebajikan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
  • Pejabat Kebajikan Wilayah Persekutuan Labuan
  • Pejabat Kebajikan Wilayah Persekutuan Putrajaya

Maklumat Lanjut Bantuan Am Kerajaan RM350

Untuk maklumat lebih lengkap berkenaan bantuan ini,sila rujuk di Portal Rasmi JKM – DI SINI.