Bantuan 1 Keluarga RM2,000 Untuk Rakyat Malaysia

Bantuan 1 Keluarga

Bantuan 1 keluarga berjumlah RM2,000 untuk golongan B40 kategori isi rumah telah diumumkan oleh pihak kerajaan. Untuk makluman, pemberian sumbangan tunai rahmah (STR) adalah merupakan inisiatif baru diperkenalkan pada tahun ini khusus untuk golongan sasar iaitu B40 dan miskin.

Pembayaran STR fasa 1 telah selesai diberikan dengan peruntukan berjumlah RM1.6 bilion yang telah diedarkan ke seluruh rakyat Malaysia yang berkelayakan. Manakala pemberian fasa berikutnya akan dipercepatkan seawal bulan April atau selewat-lewatnya sebelum sambutan hari raya aidilfitri tahun ini.

Perkara ini perlu disegerakan bagi membantu meringankan golongan yangm memerlukan bagi membuat persiapan raya. Walaupun jumlah bayaran tidak banyak tetapi ia memberi manfaat kepada mereka yang benar-benar terjejas.

BANTUAN 1 KELUARGA RM2000

Untuk sedia maklum, kategori yang akan menerima bantuan 1 keluarga berjumlah RM2000 adalah golongan keluarga (isi rumah). Yang mempunyai pendapatan bulanan dibawah RM2,500 dan mempunyai tanggungan anak 2-3 orang.

Baca Juga:

JUMLAH BAYARAN MENGIKUT KATEGORI

Kepada yang terlepas pandang, berikut telah disediakan kadar jumlah lengkap yang akan diterima oleh penerima Sumbangan tunai rahmah (STR) mengikut kategori seperti dibawah :

KATEGORI BUJANG

  • RM350

WARGA EMAS (TIADA PASANGAN)

  • RM600

ISI RUMAH (PENDAPATAN BULANAN RM2,500 KEBAWAH)

  • RM1,000 – Tiada tanggungan anak
  • RM1,500 – Mempunyai tanggungan anak 1-2 orang
  • RM2,000 – Mempunyai tanggungan anak 3-4 orang
  • RM2,500 – Mempunyai tanggungan anak 5 orang keatas

ISI RUMAH (PENDAPATAN BULANAN RM2,501 – RM5,000)

  • RM500 – Tiada tanggungan anak
  • RM750 – Mempunyai tanggungan anak 1-2 orang
  • RM1,000 – Mempunyai tanggungan anak 3-4 orang
  • RM1,250 – Mempunyai tanggungan anak 5 orang keatas

NOTA : Pihak kerajaan telah memperkenalkan bantuan tambahan berjumlah RM600 yang ditawarkan kepada golongan isi rumah miskin tegar. Bantuan tersebut berbentuk bakul makanan dan baucar makanan asas.

Soalan Lazim & Panduan Penguna

Berikut adalah soalan lazim dan panduan pengguna bagi STR :

Semoga bermanfaat untuk semua rakyat Malaysia yang sedang memerlukan bantuan disebabkan kesempitan hidup serta ekonomi yang tak menentu pada ketika ini.