Bantuan E-Kasih 2025 : Semakan Status Layak Atau Tidak

Bantuan E-Kasih

BANTUAN E-KASIH 2025 : SEMAKAN STATUS LAYAK ATAU TIDAK

Semak bantuan e-kasih 2025 – Terkini! Program Sumbangan Asas Rahmah (SARA) 2025 ditambahbaik membolehkan penerima sedia ada bagi kategori isi rumah akan menerima bantuan tambahan ini sebanyak RM200 bermula April 2025 untuk pembelian barangan keperluan asas.

Bagaimanakah semak status bantuan ekasih 2025? Ikuti info lanjut disini.

SYARAT KELAYAKAN PENERIMA & SEMAK BANTUAN EKASIH 2025

Individu yang menepati syarat di bawah sahaja akan menerima bantuan SARA kategori eKasih:

  • Warganegara Malaysia;
  • Lulus dan Penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2025; DAN
  • Tersenarai sebagai penerima Miskin Tegar / Miskin eKasih dalam rekod data eKasih di bawah Unit Penyelarasan Pelaksanaan, Jabatan Perdana Menteri (ICU, JPM) sehingga 31 Oktober 2024.

Bantuan E-Kasih

Baca Juga:

SEMAK BANTUAN E-KASIH 2025

Status penerima Sumbangan Asas Rahmah (SARA) eKasih boleh disemak seperti berikut:

  1. Layari Portal Rasmi MyKasih Di Pautan : https://www.mykasih.com.my/
  2. Halaman utama MyKasih akan dipaparkan, kemudian tekan [Semak Status].
  3. Seterusnya, bahagian semakan akan dipaparkan.
  4. Masukkan 12 Digit Nombor Kad Pengenalan pada ruangan [Nombor MyKad].
  5. Kemudian, masukkan Kod Captcha yang betul berdasarkan imej yang diberikan.
  6. Klik [Semak Status].
  7. Status Kelayakan Penerima dan Maklumat Pembayaran akan dipapar :
    [Lulus Bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) MyKasih]
  8. Selesai.

PENYALURAN BANTUAN E-KASIH 2025

Sumbangan Asas Rahmah (SARA) 2025 melalui Mykad membolehkan penerima membeli barangan keperluan asas berlabel sara mykasih seperti makanan asas, barangan kebersihan diri, ubat-ubatan dan peralatan persekolahan di pasaraya yang terpilih (berdaftar) dengan pembayaran menggunakan Mykad (IC).

13 KATEGORI BARANGAN KEPERLUAN ASAS

Berikut merupakan kategori barangan yang diluluskan dengan pembayaran menggunakan MyKad:

  • Beras
  • Roti
  • Telur
  • Minyak masak
  • Tepung
  • Biskut
  • Mi segera
  • Minuman (Contoh : Susu, Milo, Teh, Nescafe)
  • Makanan dalam tin (Contoh : Sardin, Tuna, Kacang panggang)
  • Bahan perasa (Contoh : Sos, Kicap, Gula, Garam)
  • Produk kebersihan (Contoh : Ubat gigi, Sabun cecair mandian, Tuala wanita)
  • Ubat-ubatan (Contoh : Panadol, Ubat batuk, dan lain-lain lagi)
  • Barangan persekolahan (Contoh : Alat tulis, Pakaian Seragam Sekolah, Kasut Sekolah)

Bantuan E-Kasih

CARA DAPATKAN BARANGAN KEPERLUAN ASAS

Individu yang ‘Lulus’ dan ‘Penerima’ Sumbangan Asas Rahmah boleh dapatkan barangan keperluan asas seperti berikut:

  1. Kunjungi kedai atau pasaraya berdaftar SARA MyKasih yang berhampiran.
  2. Pilih barangan keperluan (berdasarkan 13 kategori produk yang mempunyai label Sumbangan Asas Rahmah MyKasih di rak tanda harga).
  3. Tunjuk MyKad kepada juruwang untuk pengesahan penerima bantuan SARA MyKasih.
  4. Juruwang akan mengimbas setiap barangan keperluan asas yang dipilih mengikut kategori yang dibenarkan.
  5. Bayar barangan keperluan tersebut menggunakan MyKad dan penerima perlu memasukkan 6-digit nombor Pin untuk pengesahan transaksi bayaran.
  6. Simpan resit untuk menyemak transaksi pembelian.

Pembelian selain barangan mengikut label atau pembelian melebihi baki semasa dalam MyKad perlu dibayar secara tunai oleh penerima.

RUJUKAN

Sebarang persoalan atau pertanyaan mengenai bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) MyKasih, anda boleh terus hubungi pihak berwajib dibawah ini.