Semakan SARA Mac 2025 : Semak Status Layak Atau Tidak (RM600, RM900 & RM2,100)

Semakan SARA Mac 2025

SEMAKAN SARA MAC 2025 : SEMAK STATUS LAYAK ATAU TIDAK (RM600, RM900 & RM2,100)

Semakan SARA Mac 20205 dan Bantuan Asas Rahmah MyKasih atau Sumbangan Asas Rahmah (SARA) kini diperluaskan ke Sabah dan Sarawak dengan kadar bantuan yang juga dipertingkatkan sehingga RM2,100 setahun dan akan dikreditkan secara bulanan sehingga RM200 sebulan melalui MyKad penerima untuk pembelian barangan keperluan asas melalui MyKasih.

Bagaimanakah semakan status kelayakan penerima mykasih 2025 secara online? Ikuti maklumat penuh disini.

SYARAT KELAYAKAN BANTUAN ASAS RAHMAH MYKASIH 2025

Individu yang menepati syarat di bawah sahaja akan menerima bantuan SARA:

  • Warganegara Malaysia;
  • Lulus dan Penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2025;
  • Tersenarai sebagai penerima Miskin Tegar / Miskin eKasih dalam rekod data eKasih di bawah Unit Penyelarasan Pelaksanaan, Jabatan Perdana Menteri (ICU, JPM) sehingga 31 Oktober 2024.

Semakan SARA Mac 2025

Baca Juga:

Semak Bantuan Asas Rahmah MyKasih disini.

PORTAL RASMI SEMAKAN SARA MAC 2025

Semakan bantuan boleh dilakukan melalui dua (2) kaedah seperti berikut:

SEMAKAN STATUS KELAYAKAN

Untuk semakan status penerima bantuan boleh dilakukan seperti berikut:

  1. Layari Portal Rasmi MyKasih : https://www.mykasih.com.my/
  2. Halaman utama MyKasih akan dipaparkan, kemudian tekan [Semak Status].
  3. Seterusnya, bahagian semakan akan dipaparkan.
  4. Masukkan 12 Digit Nombor Kad Pengenalan pada ruangan [Nombor MyKad].
  5. Kemudian, masukkan Kod Captcha yang betul berdasarkan imej yang diberikan.
  6. Klik [Semak Status].
  7. Status kelayakan penerima dan bayaran akan dipapar :
    [Lulus Bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) MyKasih]
  8. Selesai.

Semakan SARA Mac 2025

Berikut semakan status penerima MyKasih juga boleh dilakukan melalui Portal MySTR seperti berikut:

  1. Layari Portal Rasmi MySTR : https://bantuantunai.hasil.gov.my
  2. Halaman utama Portal MySTR akan dipaparkan, kemudian pergi ke bahagian kanan di ruangan [MySTR]
  3. Seterusnya, Klik [Semak Status]
  4. Masukkan 12 digit [Nombor Kad Pengenalan] dan tekan pada butang [Log Masuk].
  5. Kemudian, Pengesahan Kata Kunci Keselamatan akan dipaparkan dan masukkan Kata Kunci Keselamatan yang betul.
  6. Klik pada ruangan [Semakan Status]
  7. Maklumat yang akan dipaparkan:
  8. Semakan Permohonan
  9. Maklumat Pembayaran
  10. Status Kelayakan Penerima dan Maklumat Bayaran akan dipapar:
    [Lulus Bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) MyKasih].
  11. Selesai.

JUMLAH BANTUAN & SEMAKAN SARA MAC 2025

Kadar bantuan yang akan diterima oleh penerima seperti berikut:

Kategori Penerima STR & BERSTATUS Miskin/Miskin Tegar eKasih

  • Isi Rumah (Ketua Keluarga) : Januari – Mac (RM100 Sebulan) : April – Disember (RM200 Sebulan)
  • Warga Emas Tiada Pasangan (Setiap Individu) : Januari – Mac (RM100 Sebulan) : April – Disember (RM150 Sebulan)
  • Bujang (Setiap Individu) : Januari – Mac (RM50 Sebulan) : April – Disember : RM50 Sebulan

Kategori Penerima STR SAHAJA (BUKAN eKasih)

  • Isi Rumah (Ketua Keluarga) : April – Disember (RM100 Sebulan)
  • Warga Emas Tiada Pasangan (Setiap Individu) : April – Disember (RM50 Sebulan)

TEMPOH PENYALURAN BAYARAN BANTUAN

Pengagihan bantuan SARA seperti berikut:

  • Penerima Bantuan STR & BERSTATUS Miskin dan Miskin eKasih) : Diagihkan setiap bulan Bermula Bulan JANUARI sehingga Bulan DISEMBER (Selama 12 Bulan)
  • Penerima Bantuan STR SAHAJA (BUKAN berstatus eKasih) : Diagihkan setiap bulan Bermula Bulan APRIL sehingga Bulan DISEMBER (Selama 9 Bulan)

SENARAI BARANG DAPUR KEPERLUAN ASAS

Berikut merupakan antara 10 kategori barangan dapur yang berlabel MyKasih yang boleh dibeli di Pasaraya dengan menggunakan MyKad :

  • Beras : Jasmine / Jati, Bernas / Faiza / Cap Rambutan dan sebagainya.
  • Roti : Gardenia / Massimo / Mighty White.
  • Telur : Nutriplus / QL eggs / CP.
  • Minyak Masak : Sri Murni / Saji / Alif / Daisy / Buruh / Knife / Vesawit.
  • Tepung : Cap Sauh / Cap Lili / Faiza / Cap Ros / BlueKey.
  • Biskut : Julies / Tiger / Munchys / Chipsmore / Jacobs / Hwa Tai / Hup Seng.
  • Mi segera : Indo Mie / Mamee / Maggi / Cintan / Mi Sedap.
  • Minuman : Tea Boh / Milo / Dutch Lady / F&N / Nescafe / Horlicks / Vico / Marigold / Quacker / Fernleaf.
  • Makanan dalam tin : Ayam Brand / Yoes, Adabi / Kimball / Tc Boy / King Cup.
  • Bahan perasa : Sos Puteri / Kimball / Life / Jalen / Cap Kipas Udang / Tamin / Maggi / Faiza / Planta.

RUJUKAN SEMAKAN SARA MAC 2025

Sebarang persoalan atau pertanyaan mengenai bantuan ini, anda boleh terus hubungi pihak berwajib dibawah ini.

Artikel ini ditulis berdasarkan sumber sahih di : https://manfaat.mof.gov.my/b2025/individu/sara