Pengeluaran KWSP Ketika Ramadhan Masa Paling Tepat
PENGELUARAN KWSP KETIKA RAMADHAN MASA PALING TEPAT
SHAH ALAM – Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak berpandangan masa paling tepat untuk kerajaan membenarkan pengeluaran Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) adalah selepas pembayaran dividen 2021 dan sebelum Ramadan.
Beliau juga turut mencadangkan empat langkah yang wajar dipertimbangkan kerajaan bagi memulihkan semula baki KWSP yang rendah.
PENGELUARAN KWSP KETIKA RAMADHAN BAGI MEMULIH SEMULA BAKI SIMPANAN
“Dan sekiranya dibenarkan, saya juga harap kerajaan pertimbangkan empat langkah ini bagi memulih semula baki simpanan KWSP yang rendah bagi mereka yang masih terjejas akibat Covid-19,” katanya menerusi hantaran Facebook pada Ahad.
Ahli Parlimen Pekan itu mencadangkan, pengeluaran i-Citra sebanyak RM10,000, penstrukturan semula kadar dividen KWSP serta kadar caruman majikan dinaikkan semula, dan memulihkan semula projek Kereta Api Laju (HSR) Kuala Lumpur-Singapura.
“Beri projek Bandar Malaysia kepada KWSP dan Permodalan Nasional Berhad (PNB). Beri beberapa projek kerajaan kepada KWSP dan syarikat milik KWSP,” katanya.
Baca Juga:
- Jawatan Kosong Semasa Bomba Ambilan Tahun 2025
- Bantuan Asas Rahmah MyKasih 2025 : Semakan Status Layak Atau Tidak Penerima
SOKONGAN PENGELUARAN KWSP KETIKA RAMADHAN BUKAN SEKADAR SOKONGAN SEMENTARA
Pada masa sama, beliau berharap sokongan yang diberikan oleh parti serta ahli politik mengenai pengeluaran berkenaan adalah berterusan bukan sakadar sokongan sementara sempena musim Pilihan Raya Negeri (PRN).
“Semasa kempen PRN Johor, ramai dari pihak sebelah sana yang pernah bantah pengeluaran khas kali terakhir KWSP tiba-tiba menyokong pula.
“(Datuk Seri) Anwar (Ibrahim), (Lim) Guan Eng, Parti Pribumi Bersatu (Bersatu) dan Pas ‘u-turn’ pula untuk sokong. Harap ini bukan sakadar sokongan sementara sempena musim PRN,” katanya.
Desakan mengenai kebenaran pengeluaran khas KWSP terus dibangkitkan apabila tempoh bagi tiga skim pengeluaran membabitkan i-Lestari, i-Sinar dan i-Citra sudah berakhir.
Bagaimanapun, baru-baru ini Ketua Pegawai Eksekutif KWSP, Amir Hamzah Azizan dilaporkan berkata, pihaknya tidak bercadang membenarkan pencarum membuat pengeluaran tambahan buat masa ini.
JENIS AKAUN KWSP 2025
1. Akaun Persaraan
Jenis Akaun Persaraan adalah Akaun 1 yang dinamakan semula berdasarkan tujuan atau objek akaun berkenaan.
Akaun ini bertujuan untuk mengumpul dan meningkatkan simpanan persaraan ahli dalam jangka masa panjang bagi kehidupan yang selesa selepas persaraan.
Simpanan di Akaun Persaraan tidak boleh dikeluarkan sebelum ahli berumur 55 tahun. Bagaimanapun, ahli yang layak boleh melaburkan sebahagian daripada simpanan ini dalam pelaburan yang diuruskan oleh Institusi Pengurusan Dana (IPD) yang diluluskan, tertakluk kepada terma dan syarat yang ditetapkan.
2. Jenis Akaun Sejahtera
Akaun Sejahtera adalah Akaun 2 yang dinamakan semula berdasarkan tujuan atau objektif akaun berkenaan. Akaun ini bertujuan untuk memenuhi keperluan kitaran hidup pra-persaraan bagi jangka sederhana yang menyumbang kepada kesejahteraan semasa persaraan.
Simpanan di Akaun Sejahtera boleh dikeluarkan bagi tujuan pengeluaran pra-persaraan yang dibenarkan (tertakluk kepada terma dan syarat KWSP) seperti berikut:
i. Perumahan
ii. Pendidikan
iii. Kesihatan
iv. Perlindungan Insurans
v. Haji
vi. Umur 50 Tahun
3. Akaun Fleksibel
Akaun ini bertujuan untuk memenuhi keperluan kewangan jangka pendek ahli.
Simpanan Akaun Fleksibel boleh dikeluarkan oleh ahli pada bila-bila masa tertakluk kepada terma dan syarat yang ditetapkan oleh KWSP.
Walau bagaimanapun, KWSP menggalakkan pengeluaran cuma digunakan pada waktu kecemasan dan untuk keperluan mendesak sahaja.
SENARAI PENGELUARAN KWSP KETIKA RAMADHAN YANG DIBENARKAN
1. Pengeluaran Umur 50 Tahun KWSP
Anda boleh membuat sekali sahaja pengeluaran sebahagian ataupun kesemua simpanan Akaun 2 apabila mencapai umur 50 tahun untuk digunakan sebagai persediaan untuk persaraan anda.
Syarat-syarat:
- Berumur di antara 50 hingga sebelum mencapai umur 55 tahun
- Mempunyai simpanan dalam Akaun 2
- Boleh membuat sekali sahaja pengeluaran sebahagian ataupun kesemua simpanan Akaun 2
2. Pengeluaran Pendidikan
Ahli boleh memilih untuk mengeluarkan simpanan daripada Akaun 2 bagi membantu membiayai pendidikan sendiri, pasangan (suami/isteri), anak-anak dan/atau ibu bapa di institusi dalam dan luar negara yang diluluskan.
Ahli boleh mengeluarkan simpanan Akaun 2 di bawah Pengeluaran Pendidikan untuk membiayai yuran pengajian sekiranya mengikuti pengajian peringkat Sijil Tahap 3, Diploma, Diploma Lanjutan, Ijazah Sarjana Muda, Sarjana, Doktor Falsafah atau yang setara dengannya di Institusi Pengajian Tinggi (IPT) di dalam atau di luar negara mengikut syarat dan prosedur yang ditetapkan.
Untuk maklumat lanjut, boleh klik di pautan ini https://www.kwsp.gov.my/en/member/life-stages/education-withdrawal
3. Pengeluaran KWSP Untuk Beli Rumah
Untuk makluman Ahli boleh memohon Pengeluaran Membina Rumah sekiranya tidak pernah membuat Pengeluaran Membeli/Membina Rumah dan ingin membina sebuah rumah kediaman/rumah kampung.
Permohonan boleh dipertimbangkan sekiranya pembinaan rumah di atas tanah milik sendiri atau milik suami/isteri di mana suratan hakmilik tanah (geran tanah) yang dikemukakan perlu mencatatkan nama ahli atau pasangan sebagai pemilik tanah selain memenuhi terma dan syarat pengeluaran yang ditetapkan.
Untuk makluman, geran kongsi juga boleh diterima bagi tujuan pengeluaran Membina Rumah.
Geran bagi lot tanah tersebut perlu dikemukakan untuk memastikan pemilik berdaftar dan bahagian tanah tuan untuk tujuan pembinaan rumah.
Klik pautan ini : https://www.kwsp.gov.my/ms/member/withdrawals/partial/build-a-house untuk syarat dan dokumen pengeluaran.
4. Pengeluaran KWSP Untuk Haji
Ahli beragama Islam yang merancang untuk mengerjakan ibadat haji boleh menggunakan simpanan Akaun 2 sebagai tambahan kepada simpanan di Lembaga Tabung Haji (LTH) sebagai perbelanjaan.
Syarat-syarat:
- Umur bawah 55 tahun
- Dipilih untuk melakukan ibadat haji oleh LTH
- Tidak pernah memohon pengeluaran haji
- Simpanan di LTH tidak mencukupi
MAKLUMAT LANJUT
Untuk maklumat lanjut berkaitan proses pengeluaran beserta dokumen yang diperlukan, rujuk maklumat terkini dari laman web KWSP di pautan berikut https://www.kwsp.gov.my/ms/member/withdrawals.
Anda juga boleh dapatkan maklumat sahih melalui saluran rasmi KWSP di:
- Facebook : Kumpulan Wang Simpanan Pekerja
- Hotline : 03-8922 6000
- Laman web rasmi : https://www.kwsp.gov.my
Info ini sahih dari : https://www.sinarharian.com.my/article/192687/berita/nasional/pengeluaran-kwsp-sebelum-ramadan-masa-paling-tepat-najib