EWallet RM200 2025 Bayaran : Cek Status Kelayakan Layak Atau Tidak Penerima
EWALLET RM200 2025 BAYARAN : CEK STATUS KELAYAKAN LAYAK ATAU TIDAK PENERIMA
EWallet RM200 2025 adalah bantuan tanpa tunai Kerajaan kini diteruskan dan ditambahbaik melalui penyaluran MyKad yang membolehkan penerima membuat pembayaran bagi pembelian barangan MyKasih menggunakan MyKad di pasar raya terpilih dengan lebih mudah dan berkesan.
Bagaimanakah check status kelayakan bayaran ewallet rm200 2025? Ikuti Info lanjut disini.
PENGENALAN BANTUAN EWALLET RM200 2025
Bantuan tanpa tunai (cashless) eWallet kini diteruskan melalui program Sumbangan Asas Rahmah (SARA), dimana pengkreditan akan dilakukan melalui MyKad penerima khusus untuk pembelian barangan keperluan asas berlabel MyKasih di Pasaraya terpilih.
Pada tahun 2025, bantuan ini ditambah baik dimana Kategori Isi Rumah berstatus Miskin dan Miskin Tegar eKasih layak menerima bantuan dengan kadar peruntukan yang lebih tinggi sehingga RM200 sebulan berbanding kategori Bukan eKasih.
Semak EWallet RM200 2025.
Baca Juga:
- Jawatan Kosong Semasa Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB) 2025
- Jumlah Bayaran STR Fasa 2 : Semak Status Kelayakan
SYARAT KELAYAKAN BAYARAN EWALLET RM200 2025
Individu yang menepati syarat di bawah sahaja akan menerima bantuan SARA:
- Warganegara Malaysia;
- Lulus dan Penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2025;
- Berstatus Kategori Miskin dan Miskin Tegar dalam pangkalan data e-Kasih.
Semak EWallet RM200 2025.
ONLINE PORTAL CHECK STATUS LULUS ATAU TIDAK BAYARAN BANTUAN RM200 2025
Semakan bantuan boleh dilakukan melalui dua kaedah seperti berikut:
- Di Portal Rasmi MyKasih; ATAU
- Di Portal Rasmi MySTR
Panduan Lengkap Semakan Bantuan Melalui Portal MyKasih:
- Layari Portal Rasmi MyKasih : https://www.mykasih.com.my/
- Halaman utama MyKasih akan dipaparkan, kemudian tekan [Semak Status].
- Seterusnya, bahagian semakan akan dipaparkan.
- Masukkan 12 Digit Nombor Kad Pengenalan pada ruangan [Nombor MyKad].
- Kemudian, masukkan Kod Captcha yang betul berdasarkan imej yang diberikan.
- Klik [Semak Status].
- Status kelayakan penerima dan bayaran akan dipapar :
[Lulus Bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) MyKasih] - Selesai.
Panduan Lengkap Semakan Bantuan Melalui Portal MySTR:
- Layari Portal Rasmi MySTR : https://bantuantunai.hasil.gov.my
- Masukkan Nombor MyKad Pemohon
- Pengesahan Kata Kunci Keselamatan
- Masukkan Kata Laluan
- Klik Semakan Status
- Maklumat yang akan dipaparkan:
- Semakan Permohonan
- Maklumat Pembayaran
- Status Kelayakan Penerima dan Maklumat Bayaran akan dipapar:
[Lulus Bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) MyKasih]. - Selesai.
Tarikh Semak EWallet RM200 2025.
JUMLAH PENYALURAN BANTUAN MENGIKUT BULAN
Kadar bantuan yang akan diterima oleh penerima seperti berikut:
Kategori Penerima STR & (Berstatus eKasih)
- Isi Rumah (Ketua Keluarga) – Januari hingga Mac (RM100 Sebulan) – April hingga Disember (RM200 Sebulan)
- Warga Emas Tiada Pasangan (Setiap Individu) – Januari hingga Mac (RM100 Sebulan) – April hingga Disember (RM150 Sebulan)
- Bujang (Setiap Individu) – Januari hingga Mac (RM50 Sebulan) – April hingga Disember (RM50 Sebulan)
Kategori Penerima STR SAHAJA (BUKAN eKasih)
- Isi Rumah (Ketua Keluarga) – April hingga Disember (RM100 Sebulan)
- Warga Emas Tiada Pasangan (Setiap Individu) – April hingga Disember (RM50 Sebulan)
TARIKH PENYALURAN BANTUAN EWALLET RM200 2025
Pengagihan bantuan SARA seperti berikut:
Kategori Penerima
- Penerima Bantuan STR & Berstatus Miskin dan Miskin eKasih – Bermula bulan Januari sehingga bulan Disember (12 bulan) – Tarikh agihan bayaran akan dikemaskini dari semasa ke semasa sebaik sahaja diumumkan secara rasmi oleh pihak kerajaan.
- Penerima Bantuan STR Sahaja (Bukan Berstatus eKasih) – Bermula bulan April sehingga bulan Disember (9 bulan) – Tarikh agihan bayaran akan dikemaskini dari semasa ke semasa sebaik sahaja diumumkan secara rasmi oleh pihak kerajaan.
RUJUKAN
Sebarang persoalan atau pertanyaan mengenai bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) MyKasih, anda boleh terus hubungi pihak berwajib dibawah ini.
- Talian Bantuan : (603) 7720 1800 / (603) 7720 1900
- e-Mel : [email protected]
Artikel ini ditulis berdasarkan sumber sahih di : https://manfaat.mof.gov.my/b2025/individu/sara