Bantuan Ibu Bersalin RM450 Untuk Rakyat Malaysia
Bantuan Ibu Bersalin RM450 Untuk Rakyat Malaysia
Bantuan Ibu Bersalin RM450 khas untuk para ibu yang baru bersalin, satu inisitaif kerajaan Negeri Sarawak untuk rakyat Sarawak.
Kesemua informasi yang kami kongsikan disini merujuk kepada maklumat terkini yang diterbitkan pada portal rasmi kerajaan negeri.
Ikuti perkongsian dibawah mengenai cara mohon Bantuan Ibu Bersalin & Syarat Kelayakan Terkini.
Bantuan Ibu Bersalin RM450
Ini adalah merupakan satu inisiatif daripada Kerajaan Negeri Sarawak untuk rakyatnya dengan pemberian RM 450.
Bantuan ini akan diagihkan dalam bentuk tunai kepada setiap ibu bersatus “K” yang melahirkan anak bagi membantu keperluan para ibu selepas melahirkan anak seperti pemakanan sihat serta penjagaan diri semasa tempoh berpantang, bermula tahun 2020 tanpa mengira bangsa, agama atau status sosio-ekonomi.
YAB Ketua Menteri Sarawak dalam pembentangan Belanjawan Negeri 2020 di Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) pada 4 November 2019 telah mengumumkan Bantuan Ibu Bersalin berjumlah RM450.00 bagi setiap ibu yang melahirkan anak bermula 1 Januari 2020.
YAB Premier Sarawak telah mengumumkan untuk meneruskan pelaksanaan inisiatif BIB pada tahun 2024.
Baca Juga:
- Jawatan Kosong FGV Dairy Industries Sdn Bhd Disember 2024
- Bantuan One-Off SARA RM600 Dikreditkan Hari Ini
Syarat Kelayakan Bantuan Ibu Bersalin
Berikut syarat kelayakan untuk memohon bantuan ibu bersalin negeri Sarawak.
- Mestilah warganegara Malaysia
- Mestilah melahirkan bayi di dalam atau di luar Sarawak
- Ibu merupakan pemegang MyKAD Sarawak berstatus ‘K’ atau isteri kepada pemegang MyKAD Sarawak yang berstatus “K”; dan
- Permohonan boleh dibuat bermula pada usia kandungan 22 minggu sehingga tempoh 3 bulan selepas bersalin.
Borang yang lengkap diisi mestilah dihantar ke mana-mana Pejabat Kebajikan Masyarakat/ Pejabat Residen/ Pejabat Daerah/ Bahagian Pembangunan Awal Kanak-Kanak, KWKPK.
Walau bagaimanapun, sekiranya anda melakukan permohonan secara dalam talian, maka segala dokumen sokongan hanya perlu dilampirkan sekali ketika mengisi borang secara dalam talian.
Dokumen Yang Berkaitan
Dokumen-dokumen yang wajib disertakan bersama borang permohonan adalah seperti di bawah:
- Salinan kad pengenalan / pasport ibu
- Salinan kad pengenalan / pasport pasangan atau penjaga
- Salinan sijil perkahwinan sekiranya pemohon bukan berstatus “K”.
- Salinan muka hadapan buku rekod kesihatan ibu mengandung
- Salinan penyata akaun bank terkini
- Salinan surat pengesahan doktor/nota discaj/sijil lahir bayi atau surat pengesahan mengandung 22 minggu dan ke atas daripada pegawai perubatan
Nota : Semua salinan dokumen perlu disahkan oleh Pegawai Kerajaan Persekutuan atau Negeri (Kumpulan A Gred 41 dan ke atas) atau Ketua Kaum atau Ketua Masyarakat (dikecualikan bagi permohonan secara atas talian).
Cara Mohon Bantuan
Permohonan Secara Online
- Untuk memohon secara online, sila ke pautan iSarawakCare, hantar dokumen baharu dan ikuti arahan selanjutnya.
- Setelah permohonan selesai dan dokumen lengkap dihantar, semakan daripada pihak KPWK akan dilakukan antara 7 hingga 14 hari waktu bekerja.
- Kemudian, proses pembayaran juga akan mengambil masa anggaran 7 hingga 14 hari waktu bekerja.
- Pemohon akan menerima notifikasi pembayaran melalui emel.
RUJUK MANUAL PERMOHONAN DALAM LAMPIRAN BERIKUT: https://isarawakcare.sarawak.gov.my/BIB-EN.pdf
Permohonan Secara Manual
Borang boleh didapati di :
- Pejabat Kebajikan Masyarakat Bahagian atau Daerah Negeri Sarawak.
- Pejabat Daerah Negeri Sarawak
- Pejabat Urus Setia BIB (Kuching sahaja) Negeri Sarawak
Penghantaran Borang Permohonan boleh dilakukan di mana-mana lokasi yang dinyatakan di atas.
Maklumat Penting
i) Permohonan WAJIB dilakukan bermula pada usia kandungan 22 minggu sehingga tempoh 3 bulan selepas bersalin,
ii) Permohonan bagi bantuan ini hanya sah bagi tempoh enam (6) bulan dari tarikh anda memohon. Jika tiada dokumen lengkap yang diterima dalam tempoh tersebut, maka permohonan akan ditolak scara automatik;
iii) Borang permohonan berserta dokumen sokongan yang lengkap boleh dihantar di mana-mana Pejabat Kebajikan Masyarakat Bahagian / Daerah, Pejabat Daerah atau Pejabat Urus Setia BIB (Kuching sahaja), Negeri Sarawak.
iv) Permohonan yang tidak lengkap dari segi dokumen tidak akan diproses.
Semakan Bantuan Ibu Bersalin
Pemohon boleh melakukan semakan status Bantuan Ibu Bersalin menerusi platform berikut :
(1)WhatsApp: +6014-6881398 (mesej sahaja)
(2) iSarawakCare (bagi permohonan online)
Untuk pertanyaan lain, sila hubungi Urus Setia Bantuan Ibu Bersalin (BIB) melalui e-mel: [email protected]
Untuk maklumat lebih lanjut, sila layari laman web iSarawakCare.