Bantuan STR Bujang Dinaikkan Kepada RM600

Bantuan STR Bujang

Bantuan STR Bujang Dinaikkan Kepada RM600

Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan satu kenyataan ketika membentangkan Belanjawan 2025 di Dewan Rakyat hari ini.

Menurut Perdana Menteri, jumlah peruntukan untuk STR dan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) t

Bantuan STR Bujang

Baca Juga:

Semakan Status Kelayakan Bantuan STR Bujang RM600

Semakan status boleh dilakukan di https://bantuantunai.hasil.gov.my/.

“Dana yang diperuntukkan untuk bantuan STR dan SARA adalah sebanyak RM13 bilion berbanding tahun sebelumnya RM10 bilion.

“Dengan adanya tambahan ini, maka golongan isi rumah dapat manfaat dan menerima peningkatan yang sangat ketara,” ujarnya.

4.1 Juta Penerima Menerima SARA

Beliau menegaskan bahawa kerajaan MADANI berkomitmen untuk menangani kos sara hidup dengan meningkatkan bantuan tunai kepada rakyat melalui STR dan SARA.

Sebanyak 4.1 juta penerima STR bagi kategori isi rumah bakal menerima bantuan SARA dengan jumlah RM100 sebulan bermula tahun hadapan.

Bermula pada bulan April 2025, bbantuan SARA akan terus dimasukkan ke dalam akaun individu penerima dan individu tersebut boleh menggunakannya untuk memenuhi barangan keperluan asas.

Cara Permohonan STR 2025

Anda boleh membuat permohonan Sumbangan Tunai Rahmah 2025 melalui dua kaedah iaitu:

  • Melalui dalam talian di Portal STR 2025 https://bantuantunai.hasil.gov.my
  • Secara pengemukaan borang ke pejabat HASiL berdekatan. Anda boleh rujuk Jadual Perkhidmatan Kaunter BKK HASIL.