Bantuan Am Persekutuan 2024 : Panduan Lengkap Permohonan

Bantuan Am Persekutuan

Bantuan Am Persekutuan 2024 : Panduan Lengkap Permohonan

Bantuan Am Persekutuan adalah inisiatif kerajaan Malaysia melalui Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) yang diperkenalkan di bawah Belanjawan 2024. Tujuan utama bantuan ini adalah untuk membantu individu atau keluarga yang kurang berkemampuan dan tergolong dalam kategori miskin. Melalui bantuan ini, pihak kerajaan dapat membantu meringankan beban rakyat Malaysia akibat faktor kewangan.

Kadar Bantuan Am Persekutuan Bulanan

Bantuan ini akan mula dikreditkan setiap bulan kepada para pemohon yang layak. Berikut adalah kadar bayaran yang diberikan:

  • Minimum RM100 sebulan untuk setiap individu.
  • Maksimum RM350 setiap keluarga.

Untuk makluman, jumlah bayaran ini akan mengikut kepada keperluan individu dan keluarga dengan tujuan untuk meringangkan beban rakyat.

Bantuan Am Persekutuan

Baca Juga:

Kriteria Kelayakan

Bagi memastikan bantuan ini sampai kepada penerima yang sangat memerlukan, hanUntuk memastikan bantuan sampai kepada golongan yang benar-benar memerlukan, hanya individu atau keluarga yang memenuhi syarat kelayakan tertentu akan dipertimbangkan. Kriteria utama yang ditetapkan adalah:

  • Warganegara Malaysia dan menetap di Wilayah Persekutuan.
  • Pendapatan isi rumah:
  • Pemohon mestilahh kategori miskin isi rumah dan tidak melebihi Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) semasa.
  • Setiap keluarga mestilah tidak melebihi PGK Perkapita semasa.
  • Pemohon mestilah merupakan individu yang tidak mendapat bantuan bulan lain daripada pihak JKM.

Cara Memohon Bantuan Am Persekutuan

Permohonan bagi Bantuan Am Persekutuan boleh dilakukan dengan mudah secara dalam talian atau melalui borang yang disediakan oleh JKM. Berikut adalah merupakan cara pemohonan:

1. Melalui Laman Sesawang:

  • Individu pemohon boleh melakukan permohonan dengan melayari laman rasmi di Portal BAP. Sila tekan pada pautan “Mohon Di Sini” untuk memuat turun borang permohonan yang disediakan.

2. Isi Borang Permohonan:

  • Para pemohon perlu melengkapkan segala maklumat yang diperlukan dan memastikan semua maklumat yang diisi adalah betul bagi mengelakkan sebarang masalah semasa proses semakan bantuan.

3. Hantar Borang ke Pejabat Kebajikan Masyarakat:

  • Individu pemohon perlulah menghantar borang yang telah dilengkapkan ke Pejabat Kebajikan Masyarakat di tempat yang telah ditetapkan. Semua negeri mempunyai kaedah yang mungkin sedikit berbeza.

Nota Penting

Semua negeri di Malaysia mempunyai Skim Bantuan Am Negeri yang tersendiri. Jumlah yang diberikan di setiap negeri adalah berbeza mengikut kepada syarat kelayakan dan kadar bantuan itu sendiri. Untuk makluman, bagi negeri selain dari Wilayah Persekutuan, individu pemohon digalakkan merujuk terus ke Jabatan Kebajikan Masyarakat yang berhampiran kawasan anda masing-masing.

Maklumat Perhubungan

Berikut adalah merupakan maklumat yang anda boleh rujuk jika terdapat sebarang pertanyaan:

  • Alamat: Aras 6, 9-18, No. 55, Persiaran Perdana, Presint 4, 62100 Putrajaya
  • Telefon: 03-8000 8000
  • Faks: 03-8323 2045
  • Emel: [email protected]

Bagi individu yang ingin mendapatkan borang permohonan atau pertanyaan lanjut, anda boleh datang sendiri ke Pejabat Kebajikan yang berhampiran dengan kawasan anda.