BUDI Sabah 2024 : Bantuan RM2,000 Untuk Pelajar IPT

BUDI Sabah 2024

BUDI Sabah 2024 : Bantuan RM2,000 Untuk Pelajar IPT

Kerajaan Negeri Sabah telah mengumumkan penawaran Bantuan Tunai Pendaftaran Institusi Pengajian Tinggi (BUDI) untuk memberikan sokongan kewangan kepada pelajar Sabah yang memenuhi syarat kelayakan. Insentif ini bertujuan untuk membantu pelajar dalam proses pendaftaran dan meringankan beban kewangan semasa melanjutkan pelajaran di institusi pengajian tinggi (IPT) yang diiktiraf oleh kerajaan.

Pengenalan Bantuan BUDI Sabah 2024

Dalam usaha memperkasakan pendidikan di Sabah, Program Bantuan Budi Sabah telah diperkenalkan untuk sesi 2024. Dengan pelbagai cabaran kewangan yang dihadapi oleh keluarga, bantuan ini diharapkan dapat memberikan peluang kepada lebih ramai pelajar untuk meneruskan cita-cita mereka dalam pendidikan tinggi. Tahun ini, bantuan ini akan dipertimbangkan hingga akhir tahun dengan sasaran lebih daripada 6,000 pelajar.

BUDI Sabah 2024

Baca Juga:

Kadar Bantuan BUDI Sabah

Berikut adalah merupakan kadar bayaran bantuan yang diberikan secara one-off:

  • Diploma/Foundation/Matrikulasi: RM1,500
  • Ijazah Sarjana Muda: RM2,000

BUDI Sabah 2024

Siapa Yang Layak Memohon?

Permohonan ini terbuka kepada para pelajar yang mematuhi segala syarat-syarat berikut:

  • Mestilah berasal dari Sabah dan merupakan seorang Warganegara Malaysia yang berumur tidak lebih dari 25 tahun.
  • Ibu bapa atau penjaga dari golongan B40 dan M40.
  • Pemohon yang sudah menerima tawaran untuk melanjutkan pengajian di IPT sepenuh masa untuk kemasukan pertama, termasuk institusi awam dan swasta yang diiktiraf oleh kerajaan.
  • Permohonan mesti disertakan dengan dokumen sokongan seperti salinan surat beranak, kad pengenalan, slip gaji ibu bapa, surat tawaran kemasukan ke IPT, dan surat pengesahan kemasukan.

Tarikh Permohonan

Permohonan untuk bantuan ini kini dibuka kepada semua pemohon yang memenuhi syarat kelayakan. Proses pemberian bantuan dijangka akan bermula pada penghujung tahun ini.

Cara Memohon

Untuk memohon secara online, sila rujuk pautan berikut https://budi.sabah.gov.my/

Dokumen Diperlukan

Sediakan dokumen sokongan berikut:

  • Salinan surat beranak (pemohon & ibu bapa/penjaga)
  • Salinan kad pengenalan / sijil penceraian / sijil kematian (pemohon dan ibu bapa/penjaga)
  • Salinan penyata gaji ibu bapa/penjaga atau surat pengesahan pendapatan
  • Salinan slip keputusan SPM/STPM/STAM/Diploma
  • Salinan surat tawaran kemasukan ke IPT

Maklumat Lanjut

Untuk maklumat lanjut berkenaan Bantuan Tunai Pendaftaran IPT (BUDI Sabah), sila hubungi:

Pejabat Menteri Tugas-Tugas Khas
Aras 29, Blok A, Pejabat Pentadbiran Negeri Sabah
Jalan Sulaman, Teluk Likas
88400 Kota Kinabalu

Telefon: 088-369872
Laman Web Rasmi: mttk.sabah.gov.my