STR Fasa 4: Semakan Status & Jumlah Bayaran

STR Fasa 4

SUMBANGAN TUNAI RAHMAH (STR) 2024: SEMAKAN STATUS STR FASA 4 & JUMLAH BAYARAN

Bilakah bayaran STR Fasa 4 akan dibuat?

Melalui satu kenyataan, bayaran STR Fasa 4 ini akan dikreditkan bermula November ini.

Berikut adalah maklumat lanjut tentang pembayaran STR Fasa 4 bagi kategori yang layak serta jumlah bayaran yang akan diterima bagi fasa akhir untuk tahun 2024 ini.

Pengenalan

Bagi membantu golongan kurang berkemampuan, pihak kerajaan telah melancarkan STR untuk meringankan beban mereka yang terkesan dengan keadaan ekonomi semasa.

Bagi tahun 2024, bantuan ini telah ditambahbaik dengan mewujudkan Sumbangan Asas Rahmah (SARa), iaitu bantuan bulanan tambahan khusus untuk golongan miskin, miskin tegar, B40, dan M40.

STR Fasa 4:

Baca Juga:

Kaedah Pembayaran

Berikut adalah salah satu kaedah bayaran STR yang akan disalurkan kepada para penerima yang layak:

  • Pengkreditan ke akaun bank Pemohon / Pasangan
  • Penunaian di Cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN)

Pastikan anda membuat semakan status kelayakan melalui laman web rasmi Sumbangan Tunai Rahmah di https://bantuantunai.hasil.gov.my sebelum datang ke kaunter untuk tujuan penunaian.

Tarikh & Jumlah Bayaran STR Fasa 4

Mesti ramai yang ternanti-nanti tarikh bayaran STR Fasa 4, bukan? Bayaran bakal mula dikreditkan pada bulan November 2024.

Tarikh pembayaran STR Fasa 1, 2, 3, dan 4 untuk tahun 2024 adalah seperti berikut:

  • Fasa 1: 29 Januari 2024
  • Fasa 2: 3 April 2024
  • Fasa 3: 29 Ogos 2024
  • Fasa 4: November 2024

Dari semasa ke semasa, jumlah bayaran STR akan diumumkan tidak lama lagi.

Tarikh Pembayaran Tunai Melalui BSN

Bagi para penerima yang tidak mempunyai akaun bank, anda boleh mengambil bayaran secara tunai bermula 29 Ogos 2024.

Bagi para penerima baru yang telah mengemukakan rayuan tanpa akaun bank, mereka bakal menerima pembayaran secara tunai mulai 18 September 2024.

STR Fasa 4:

STR Fasa 4: Cara Semakan Status Bayaran

Semakan status boleh dibuat melalui pautan berikut: https://bantuantunai.hasil.gov.my/

Lupa Kata Laluan STR

Untuk log masuk ke dalam akaun STR, pengguna hanya perlu menggunakan kata laluan yang sama seperti dahulu.

Langkah-langkah untuk reset kata laluan:

  1. Layari laman web STR di pautan.
  2. Klik “Terlupa Kata Laluan“.
  3. Masukkan nombor kad pengenalan 12 digit kemudian klik “Semak”.
  4. Masukkan e-mel yang didaftarkan dan klik “Seterusnya”.
  5. Sekiranya kata laluan keselamatan semua betul, teruskan klik “Ya”.
  6. Jawab soalan keselamatan yang diberikan dan klik “Seterusnya”.
  7. Masukkan kata laluan baru dan pengesahan kata laluan. Kemudian, klik “Tukar Kata Laluan”.
  8. Para penerima akan menerima notifikasi bahawa penukaran ID pemohon telah berjaya dilakukan. Sekiranya anda terlupa kata laluan dan gagal menjawab soalan keselamatan dalam tiga percubaan yang diberikan, ID MySTR anda akan disekat, dan anda hanya boleh mencuba semula untuk memasukkan kata laluan selepas 24 jam.

Sebarang maklumat lanjut, para penerima boleh menghubungi LHDNM berhampiran atau talian Hotline BKK LHDNM di 1-800-88-2747.

Maklumat Lanjut

Bagi maklumat lanjut dan pertanyaan, sila rujuk: