JPJePlate : Nombor Plat Khas Untuk Kenderaan Elektrik

jpjeplate

JPJePlate : Nombor Plat Khas Untuk Kenderaan Elektrik

Beberapa bulan yang lalu, timbul ura-ura bahawa kerajaan akan memperkenalkan nombor plat khas bagi kenderaan elektrik (EV). Nampaknya, perkara tersebut telah direalisasikan melalui pelaksanaan “JPJePlate”.

Hari ini, Kementerian Pengangkutan bersama Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) telah melancarkan fasa perintis untuk plat nombor piawai yang baru, dikenali sebagai JPJePlate.

Mulai hari ini, 9 September, JPJePlate diperlukan hanya untuk kenderaan elektrik baru yang menggunakan bateri dan sel bahan api hidrogen, kecuali motosikal, untuk fasa ini.

Baca Juga:

Bagi pemilik EV sedia ada, mereka hanya boleh memesan JPJ ePlate untuk EV mereka bermula 9 November 2024 namun mereka boleh mendaftar minat mereka dengan mengisi borang di halaman https://jpjeplate.jpj.gov.my/laman-utama/

Secara umum, fasa perintis JPJePlate untuk kenderaan elektrik (EV) adalah permulaan pelancaran plat nombor piawai nasional yang akan diperluaskan kepada kenderaan konvensional.

Apa itu JPJePlate?

JPJePlate ialah plat nombor yang direka khas di bawah inisiatif Kementerian Pengangkutan (MOT) melalui Jabatan Pengangkutan Jalan Malaysia (JPJ) dengan tujuan untuk merevolusikan industri pengangkutan. Matlamat utamanya adalah untuk menyeragamkan reka bentuk nombor plat kepada semua kenderaan motor dan meningkatkan keselamatan di jalan raya.

Fasa pertama pelaksanaan penggunaan plat nombor JPJePlate akan dimulakan dengan Kenderaan Motor Tiada Pelepasan Gas Pencemaran (Free Emission Vehicle, FEV). Ini merangkumi kenderaan motor elektrik (EV), termasuk motosikal yang dikuasakan sepenuhnya oleh sumber elektrik, seperti bateri elektrik (Plug-in EV/Battery Cell) atau sumber hidrogen yang menguasakan bateri elektrik (Hidrogen Fuel-Cell EV), secara National Roll Out (NRO).

Pelaksanaan seterusnya yang melibatkan jenis kenderaan lain akan diumumkan kemudian.

Kepentingan JPJePlate

Plat nombor JPJePlate adalah bertujuan untuk:

  • Meningkatkan keselamatan jalan raya dengan peningkatan keterlihatan (reflektif retro) pada waktu malam, yang penting untuk memastikan keadaan pemanduan yang lebih selamat dan mengurangkan risiko kemalangan.
  • Mencegah pemalsuan dan kecurian kenderaan melalui ciri-ciri keselamatan yang ditambah baik.
  • Berfungsi sebagai langkah pertama dalam tindakan penguatkuasaan serta memberikan bantuan pantas kepada pengguna jalan raya sekiranya berlaku kecemasan.
  • Berperanan sebagai pembolehubah dalam ekosistem Sistem Pengangkutan Pintar (ITS) yang diintegrasikan dengan teknologi RFID.

Ciri-ciri istimewa

jpjeplate

JPJePlate mempunyai beberapa ciri utama:

  • Meningkatkan keselamatan jalan raya melalui peningkatan keterlihatan dengan bahan reflektif retro pada waktu malam, yang penting untuk memastikan keadaan pemanduan yang lebih selamat dan mengurangkan risiko kemalangan.
  • Mencegah pemalsuan dan kecurian kenderaan dengan ciri-ciri keselamatan yang dipertingkatkan.
  • Berfungsi sebagai pengenalan pertama untuk tindakan penguatkuasaan serta memberikan bantuan pantas kepada pengguna jalan raya sekiranya berlaku kecemasan.
  • Menjadi pembolehubah dalam ekosistem Sistem Pengangkutan Pintar (ITS) yang diintegrasikan dengan teknologi RFID.

Harga dan bayaran

jpjeplate

Plat nombor JPJePlate berharga RM98/set. Setiap set mengandungi:

  • Satu (1) plat hadapan kenderaan;
  • Satu (1) plat belakang kenderaan;
  • Satu (1) pelekat RFID cermin depan dan
  • Termasuk dalam perkhidmatan adalah penghantaran standard ke pusat pemasangan yang sah.

Anda juga boleh membuat pesanan baharu untuk membeli gantian nombor plat secara berasingan seperti berikut:

  • Pengganti plat hadapan dengan harga RM70.00.
  • Pengganti plat belakang dengan harga RM30.00.
  • Pengganti pelekat cermin RFID dengan harga RM35.00.
  • Termasuk dalam perkhidmatan adalah penghantaran standard ke rakan pemasangan yang sah.

Anda boleh membuat pembayaran menggunakan:

  • FPX (Financial Process Exchange).
  • Kad kredit dan debit yang dikeluarkan oleh bank-bank di Malaysia (Visa dan MasterCard).

Maklumat lanjut

Sekiranya anda ingin mendapatkan maklumat lanjut mengenai JPJ ePlate, layari laman web rasmi di https://jpjeplate.jpj.gov.my/laman-utama/