PIDN JPA : Semakan Keputusan Tajaan Biasiswa 2024

PIDN JPA

PIDN JPA TAWARAN PENAJAAN – PROGRAM IJAZAH DALAM NEGARA (PIDN) TAHUN 2024

Pelawaan penajaan Program tajaan JPA – Program Ijazah Dalam Negara (PIDN) Tahun 2024 telah dibuka kepada pelajar peringkat Ijazah Pertama yang sedang mengikuti pengajian di Universiti Awam (UA), Politeknik Premier dan Goverment Linked Universities (GLU).

Calon-calon yang telah memohon Biasiswa PIDN JPA 2024 boleh membuat semakan keputusan tajaan yang terkini pada tarikh yang telah dinyatakan.

Semakan Keputusan Program Ijazah Dalam Negara (PIDN) Tahun 2024

Sebelum ini, laman web rasmi Portal Penajaan Pembangunan Modal Insan, Jabatan Perkhidmatan Awam memaklumkan bahawa semakan keputusan Program Ijazah Dalam Negara (PIDN) Tahun 2024 boleh dibuat pada minggu kedua September 2024.

Tarikh dan waktu semakan adalah seperti berikut:

Baca Juga:

[ TERKINI ] SEMAKAN KEPUTUSAN JPA PIDN 2024

Pelajar yang bersetuju untuk menerima tawaran dimohon untuk log masuk ke Sistem ePenawaran bagi tujuan penyelesaian dokumen perjanjian (ePROMISE) dalam tempoh tersebut.

Pautan semakan & berkaitan :

Program Ijazah Dalam Negara (PIDN) JPA

PIDN JPA adalah pembiayaan JPA secara Pinjaman Boleh Ubah (PBU) yang dibuka untuk semua pelajar yang sedang mengikuti pengajian peringkat Ijazah Pertama di

  • Universiti Awam (UA),
  • Politeknik Premier dan
  • Government-Linked Universities (GLU) yang telah ditetapkan oleh Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA)

NOTA: Pinjaman boleh ubah bermaksud anda tidak perlu membayar keseluruhan jumlah pinjaman dengan syarat-syarat tertentu.

Perjanjian pinjaman dikuatkuasakan mengikut empat keadaan PBU seperti berikut:

  • pinjaman ditukar kepada biasiswa penuh dan dikecualikan daripada bayaran balik sekiranya pelajar berkhidmat dalam Perkhidmatan Awam setelah tamat pengajian;
  • bayaran balik sebanyak 25% daripada jumlah pinjaman yang diterima sekiranya pelajar berkhidmat dengan syarikat berkaitan Kerajaan (GLC) setelah tamat pengajian;
  • bayaran balik sebanyak 50% daripada jumlah pinjaman yang diterima sekiranya pelajar berkhidmat dengan syarikat swasta dalam negara setelah tamat pengajian; dan
  • selain daripada keadaan seperti di atas, pelajar dikehendaki membayar balik sepenuhnya nilai pinjaman.

PIDN JPA

Syarat Permohonan

SYARAT UMUM

  • Warganegara Malaysia;
  • Mempunyai kesihatan yang baik;
  • Ibu dan / atau bapa tidak disenarai hitam oleh JPA atau sedang dalam tindakan undang-undang oleh JPA;
  • Tidak menerima bantuan kewangan / tajaan dari mana-mana pihak di peringkat pengajian yang sama;
  • Memiliki Sijil Pelajaran Malaysia (SPM); dan
  • Umur tidak melebihi 22 tahun pada tahun permohonan (23 tahun bagi pelajar peralihan).

BERIKUT SYARAT KHUSUS

1) Telah memulakan pengajian peringkat Ijazah Pertama sebelum tarikh iklan ditutup;
2) Memenuhi syarat akademik seperti berikut:

A. Bidang SELAIN Perubatan dan Pergigian:

(i) Pelajar yang telah memulakan pengajian dan memperoleh PNGK terkini sekurang-kurangnya 3.00; atau

(ii) Pelajar yang telah memulakan pengajian tetapi belum melengkapkan sekurang-kurangnya satu semester di peringkat Ijazah Pertama hendaklah memenuhi syarat memperoleh sekurang-kurangnya PNGK 3.30 di peringkat Diploma dari UA / Politeknik / IPTS (GLU) yang disenaraikan / Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM); atau

(iii) memperoleh sekurang-kurangnya keputusan Jayyid Jiddan dalam Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) DAN mengambil sekurang-kurangnya empat mata pelajaran; dan

(iv) Mempunyai baki 18 bulan pengajian tidak termasuk
semester terkini / semasa

B. Bidang Perubatan dan Pergigian:

(i) Memperolehi keputusan ‘Lulus’ bagi semester terkini pengajian bagi bidang perubatan dan pergigian; dan

(ii) Mempunyai baki 24 bulan pengajian tidak termasuk semester terkini / semasa.

2.2 Program pengajian yang terbuka untuk permohonan adalah berdasarkan senarai yang dikemukakan oleh setiap institusi pengajian terlibat dan telah memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan oleh JPA.

Bidang-bidang yang dipohon oleh pelajar hendaklah telah mendapat akreditasi penuh oleh Agensi Kelayakan Malaysia (MQA) atau telah diiktiraf oleh Badan Profesional (jika berkaitan).

2.3 Bidang-bidang yang tidak ditaja adalah seperti berikut:

  • Bidang pendidikan;
  • Bidang berkaitan penerbangan yang memerlukan pelajar mengambil lesen penerbangan;
  • Program-program berbentuk francais universiti awam / IPTS;
  • Program-program berkembar / dual ijazah / double degree / program kerjasama dengan institusi lain kecuali yang dibenarkan (UMP-HsKA, UMP-BJTU atau UTM-MJIIT);
  • Program kejururawatan, separa perubatan dan program pra perkhidmatan;
  • Program-program berkaitan sijil profesional seperti ACCA; dan
  • Program pengajian secara separuh masa / jarak jauh / atas talian / pengajian tanpa subsidi yuran pengajian.

Cara Permohonan PIDN JPA

  1. Permohonan boleh dilakukan semasa iklan dibuka. Calon boleh memohon secara dalam talian (online) melalui pautan berikut: http://esilav2.jpa.gov.my
  2. Calon dibenarkan mendaftar, mengemaskini / meminda maklumat permohonan sebelum tarikh tutup permohonan.
  3. Hanya pindaan yang terkini sahaja diambil kira untuk tujuan penyimpanan data.
  4. Calon hendaklah memastikan proses permohonan telah sempurna dengan mencetak Slip Pengesahan Permohonan Penajaan Program PIDN sebagai bukti permohonan telah dibuat.

Tawaran penajaan ini akan disiarkan melalui laman web JPA di
http://www.jpa.gov.my atau http://esilav2.jpa.gov.my.

Senarai Institusi Yang Ditaja

  1. Universiti Malaya (UM)
  2. Universiti Sains Malaysia (USM)
  3. Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM)
  4. Universiti Putra Malaysia (UPM)
  5. Universiti Teknologi Malaysia (UTM)
  6. Universiti Teknologi MARA (UiTM)
  7. Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM)
  8. Universiti Malaysia Sabah (UMS)
  9. Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS)
  10. Universiti Utara Malaysia (UUM)
  11. Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI)
  12. Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM)
  13. Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM)
  14. Universiti Malaysia Perlis (UniMAP)
  15. Universiti Malaysia Terengganu (UMT)
  16. Universiti Malaysia Pahang (UMP)
  17. Universiti Sains Islam Malaysia (USIM)
  18. Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA)
  19. Universiti Malaysia Kelantan (UMK)
  20. Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM)
  21. Politeknik Ungku Omar
  22. Politeknik Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah
  23. Politeknik Ibrahim Sultan
  24. Universiti Tenaga Nasional (UNITEN)
  25. Universiti Multimedia (MMU)
  26. Universiti Teknologi Petronas (UTP)
  27. Universiti Kuala Lumpur (UniKL)
  28. Malaysia-Japan International Institute of Technology Universiti Teknologi Malaysia Kuala Lumpur (UTM-MJIIT)

Maklumat Lanjut

Untuk sebarang pertanyaan mengenai semakan keputusan PIDN 2024, sila hubungi talian: 0388853101/3045/3023/3066/3070/3340

Atau, emelkan ke: penawaranisp@jpa.gov.my