Bantuan MyLesen Percuma 2024 Untuk Semua Rakyat Malaysia
Bantuan MyLesen Percuma 2024 Untuk Semua Rakyat Malaysia
Berita baik buat semua rakyat Malaysia kerana Bantuan MyLesen B2 akan diteruskan oleh kerajaan Malaysia untuk membantu dan memberikan manfaat kepada rakyat Malaysia pada tahun depan 2024.
Kerajaan komited dan konsisten untuk membantu keluarga yang kurang mampu untuk mendapatkan lesen percuma 2024, motosikal kelas B2.
Bantuan MyLesen Percuma 2024
Kerajaan bersetuju untuk terus menanggung bayaran ujian memandu bagi lesen motosikal kelas B2, e-hailing dan teksi.
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim memaklumkan, bantuan tersebut bakal dinikmati lebih 40,000 belia daripada keluarga kurang mampu.
Beliau berkata demikian ketika membentangkan Belanjawan 2024 di Dewan Negara baru-baru ini.
Baca Juga:
Topi Keledar Percuma
Sebanyak 100 ribu topi keledar termasuk untuk kanak-kanak juga akan dibekalkan dan diagihkan secara percuma kepada keluarga kurang mampu.
Ini pastinya akan membantu untuk meringankan beban rakyat terutamanya mereka golongan susah.
Program MyLesen B2 Tahun 2023
Program MyLesen B2 adalah sebuah program anjuran Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Malaysia bertujuan untuk membantu kumpulan B40 khususnya golongan belia yang terkesan akibat penularan pandemik Covid-19 untuk mendapatkan Lesen Memandu Malaysia Kelas B2.
Bantuan ini dapat membuka peluang untuk mempertingkatkan taraf sosioekonomi dan pendapatan isi rumah melalui peluang pekerjaan dalam sektor ekonomi gig.
Bantuan MyLesen B2
Pelancaran Program MyLesen B2 Peringkat Kebangsaan telah diadakan pada 30 Mei 2023 yang dilancarkan oleh YB Anthony Loke, Menteri Pengangkutan Malaysia.
Dengan jumlah 9,000 orang dari golongan B40 seluruh negara akan mendapat manfaat daripada program MyLesen B2.
Program Ditanggung Kerajaan
Program ini ditanggung sepenuhnya oleh pihak kerajaan termasuklah kos ujian dan latihan untuk mendapatkan Lesen Memandu Malaysia Kelas B2 (Motosikal tidak melebihi 250 c.c) bagi 9,000 peserta.
Syarat Permohonan Bantuan MyLesen Percuma 2024
Syarat kelayakan permohonan seperti berikut:
- Warganegara Malaysia
- Berumur 16 tahun dan ke atas
- Penerima bantuan (eKasih/Zakat/Baitulmak/JKM/JAKOA/LHDN)
- Tanggungan kepada penerima bantuan juga kayak memohon
- Sihat tubuh badan dan mental
- Belum memiliki sebarang lesen memandu
- Bebas senarai hitam JPJ, PDRM dan Mahkamah
Borang Permohonan MyLesen B2
Anda boleh rujuk laman media sosial JPJ negeri masing-masing untuk mendapatkan maklumat tentang kuota dan permohonan MyLesen B2 ini.
Anda boleh download borang permohonan DI SINI
Maklumat Lanjut Bantuan Lesen Percuma 2024
Sebarang maklumat atau aduan berkaitan boleh disalurkan melalui aplikasi e-Aduan@jpj atau kepada saluran Sistem Pengurusan Aduan Awam (SISPAA) beserta butiran pengadu dan butiran aduan.